Monday, March 4, 2013
Sunyi
Tatkala berada di ofis ni aku rasa sunyi. Bukannya tak ada kawan, tapi aku amat merindui kawan2 masa belajar dulu. Dari sekolah rendah, menengah, kolej, university.... peh ramainya.......masuk kelas ja, dah sedia ada 25-30 orang kawan sebaya... tu belum masuk yang kat kelas2 lain.....meriah.... Those days is best days in my life...
Kat ofis ni kengkawan semua berbeza umur. ada yang lebih tua dan yang lebih muda. yang sebaya tak banyak... maybe itu penyebab aku rasa sunyi..lagi pun sekarang ni berkawan 'is more toward works' manakala berkawan kat sekolah dulu is more toward friendship.
Haha pandai lak aku berfalsafah..
Aku pernah dengar seorang tua ni bersembang dengan kawan dia. Katanya ...
" kalau nak cari kawan sejati, cari lah balik kawan kita masa kecil-kecil dulu atau kawan masa kita sekolah. kerana waktu tu, kita berkawan tanpa ada apa-2 kepentingan atau sebab-sebab tertentu. Waktu tu kita berkawan hanya kerana kita nak berkawan. Ikhlas.
Tapi bila kita dah kerja, kita berkawan kerana ada kepentingan.. "
Aku cuba memikirkan kata2 orang tua ni.. ternyata ada juga kebenarannya.......
Saturday, March 2, 2013
Baru nak menulis...
Firstly aku nak mohon ampun kat my boss pasal tulis blog waktu kerja.. hihi
Entah kenapa hari ni aku rasa cam down aja. So bukak lah blog yang dah bersawang gilaa. Teringat masa mula-mula berblog dulu. punya la semangat. apatah lagi kawan-kawan turut membaca dan memberi komen . tapi semenjak dua menjak ni.. cam tak ada idea pulak... orang pun dah tak jengah blog ni. tinggallah aku sorang..
Anyway, masa datang ofis tadi, aku dikejutkan dengan berita resignation seorang staff dari maintenance department. Minggu lepas, seorang staff dah resign dari department yang sama. So dalam masa 2 minggu, 2 orang staff dah resign. Sedih gak sebab dua-dua aku kenal . Walaupun aku dan diaorang berada dalam department lain, tapi dioarang selalu berurusan dengan aku. Punca diaorang resign ni sebab pressure dan bergaduh dengan Head of Department diaorang.
Tapi nak wat camna, life goes on. aku harap dua orang ni dapat rezeki yang lebih ditempat lain.
Sejak aku kerja di hotel ini, aku dapat cultural shock. Staff turnover kat sini tinggi sangat. maksudnya staff kerap resign. Lepas tu masuk staff baru. Lepas tu resign balik.. boleh dikatakan setiap 2-3 bulan, akan adalah majlis farewel dan akan adalah staff baru yang baru masuk. Hanya Hotel Manager dan beberapa Ketua Jabatan dan sebahagian kecil staff yang masih setia di sini. Yang lain semua muka baru.
Puncanya, maybe sebab pressure dan skim gaji kat hotel ni kecik. Maknanya, kerja keras tapi bayaran ciput. Hotel Manager aku ni high demand sikit. So sapa tak perform mesti kena kaw kaw punya. Satu lagi punca orang tak tahan ialah masa. Kerja hotel ni amat memakan masa. Kadang-kadang lewat baru leh balik. Cuti pun kadang kadang miss kalau busy sangat. Bagi yang tak biasa cam aku ni, maybe akan rasa tertekan..
Kadang2 aku rasa sedih juga dengan situasi ini. Apatah lagi kalau yang resign tu dah jadi sahabat atau kengkawan aku. Tapi nak wat camna, life goes on.....
Saturday, October 20, 2012
Semua dan slow down..
Entah kenapa, most of my favorite blogers dah tak update dia punya blog. Perhaps masing masing sibuk.. Anyway, aku pun sama jugaklah.
Ada satu favorite blog yang aku suka visit adalah yang berkenaan dengan MTB. Banyak info leh dapat. Tapi la ni, depa dah tak update dah...
Begitu juga kengkawan yang lain....
Tolonglah update blog anda...............
Saturday, September 15, 2012
Hidup baru
Dah lama tak update blog ni. Well, now i am working in a small hotel in alor star. tak pernah kerja hotel .ni first time. so kalut sikit lately. tak ada masa nak buka facebook dan blog...
lagi 2 minggu saya akan berkahwin. peh. dah tiga puluhan baru nak kahwin. masa sy p kursus kahwin, ada dua orang saja yang umur 30an yang lain semua 20an.
hahhaha malu gak sebab masa nak sain kat list attendance, tercatat dengan jelas no kad pengenalan siap dengan tarikh lahir. jadi semua orang taulah umur sy..
masa p sain borang nikah pun tok imam tegur.. 'hai umur lanjut baru nak nikah'. sy senyum jalah kat tok imam tue..
anyway. tu sajalah update.. camna dengan hidup anda semua? ada hepi?

Saturday, July 21, 2012
Selamat Berpuasa
Kepada semua yang sudi menjengah blog ini, saya ucapakan selamat berpuasa. Semoga persahabatan kita semua berkekalan dan diberkati allah..
Salam Ramadhan dari sy. Sipemburubintang.
Salam Ramadhan dari sy. Sipemburubintang.
Monday, June 18, 2012
lama tak kuar dari ofis..........
Setelah lama aku duduk ofis, minggu lepas ada peluang nak p kuala lumpur 4 hari.. jeng jeng... bos aku nak bukak hotel baru jadi dia pun mnta tolong aku ikut geng sales p buat promosi... aku yang tak tau apa pasal hotel pun belasah p jugak.....Hotel baru boss aku nama the Fuller. 2 Bintang jaaa... sebelum ni dia buka hotel Starcity, 3 bintang.. banyak duit depa buka hotel sampai dua biji.
Buat promosi kat putrajaya ... kat pegawai kerajaan yang nak buat function atau lawatan ke negeri kedah. aku ikut jalah. budak sales yang dok cakap banyak kat orang. aku cuma senyum dan tambah mana yang patut..
dok kat hotel grand season dalam kl. dekat dengan stesen monorail chow kit.. hotel dia menarik gak.. bilik dapat yang mengadap klcc. waktu malam cantik.. tapi aku duduk sorang2 sebab lagi seorang tak jadi p kl...kalau ada bini mesti romantik chewahhhhhh.....
malam-malam kita orang tak ada aktiviti. so setiap orang buatlah aktiviti sendiri. aku suka lepak bilik jaa.. ada yang kuar jumpa kawan lah, p shoping lah dan lain lain... aku cuma kuar bila nak cari makan malam...nasib baik dekat stesen monorail tu malam-malam ada gerai jual sup.. first time aku belasah sup urat. tak pernah tengok pun camna urat sebelum nie.. kaya dengan lemak rupanya.. tapi aku suka.. peh..terangkat... walaupun gerai, tapi harga pun terangkat jugak......kat area sini ada jugak gerai jual barang2 cam kat uptown tue..
Ni la gambar bilik hotel grand season..
tiap tiap hari kerja aku sembunyikan toileteries hotel dalam beg.. so bila housekeeping mai kemaih bilik, depa bagi yang baru.. so semua dapat la 3 set shampoo, body bath, soap, cotton bud, dan plastik yang tutup rambut tu. aku pun tak ingat nama dia....aaaaaaaaaaaa shower cap... baru ingat.. hihih
Sekadar hiasan, bukan toiletries sebenar.....
memula rasa malu kat housekeeping tu. mesti dia tau aku sembunyi toiletries dalam bag.. ah lantak lah.... bilik aku yang bayorr. eh silap, company yang bayorrr. aku kebas lah toiletriess. padahal bila bawa balik toiletries tu bukan guna sangat pon... hihi
aku tak tau dengan korang. kalau korang p hotel, selalu korang guna tak toiletries tue? macam aku selalu bawak sendiri jaa. yang hotel bagi selalunya yang qualiti biasa-biasa ja.
anyway, lepas 4 hari aku pun kembali ke rutin pejabat yang membosankan....

Subscribe to:
Posts (Atom)