Monday, March 4, 2013

Sunyi








Tatkala berada di ofis ni aku rasa sunyi. Bukannya tak ada kawan, tapi aku amat merindui kawan2 masa belajar dulu. Dari sekolah rendah, menengah, kolej, university.... peh ramainya.......masuk kelas ja, dah sedia ada 25-30 orang kawan sebaya... tu belum masuk yang kat kelas2 lain.....meriah.... Those days is best days in my life...

Kat ofis ni kengkawan semua berbeza umur. ada yang lebih tua dan yang lebih muda. yang sebaya tak banyak... maybe itu penyebab aku rasa sunyi..lagi pun sekarang ni berkawan 'is more toward works' manakala berkawan kat sekolah dulu is more toward friendship.

Haha pandai lak aku berfalsafah..

Aku pernah dengar seorang tua ni bersembang dengan kawan dia. Katanya ...

 " kalau nak cari kawan sejati, cari lah balik kawan kita masa kecil-kecil dulu atau kawan masa kita sekolah. kerana waktu tu, kita berkawan tanpa ada apa-2 kepentingan atau sebab-sebab tertentu. Waktu tu kita berkawan hanya kerana kita nak berkawan. Ikhlas.

Tapi bila kita dah kerja, kita berkawan kerana ada kepentingan.. "

Aku cuba memikirkan kata2 orang tua ni.. ternyata ada juga kebenarannya.......




No comments:

Post a Comment