Thursday, May 6, 2010

Laksa

(laksa telok kechai, yg oren tu sambal kelapa,
hanya laksa ini ada sambal tersendiri)



Ada banyak laksa di pasaran seperti laksa kedah, laksa kelantan, laksa johor, laksa penang, laksa perlis dan banyak lagilah. Rasanya semua negeri ada laksa masing-masing..

Tapi aku lebih mengemari laksa negeri kedah. Bukan kerana laksa lain tak sedap, tapi selera aku lebih kepada laksa di negeri kedah..


Di kedah sendiri pun ada beberapa jenis laksa. Ada laksa telok kechai (my favorite, telok kechai tu nama tempat dekat kuala kedah), laksa buyung dan laksa kedah..

Terdapat tujuh komponen utama yang melengkapkan sepinggan laksa iaitu :
  1. Laksa (mee yang dibuat dari beras)
  2. Kuah (dari jenis ikan dan asam)
  3. Sayur (timun, bawang, dll)
  4. Cabai melaka (cili padi = orang kedah panggil cabai melaka)
  5. Telur rebus
  6. Otak udang dan/ atau limau nipis
  7. Sambal kelapa (hanya laksa telok kechai mempunyai sambal untuk dimakan bersama laksa)
Ketujuh2 komponen di atas mesti ada pada setiap hidangan laksa. Kalau hilang atau rosak salah satu komponen di atas, maka terjejaslah hidangan laksa tersebut.

Laksa tanpa hirisan telur rebus, umpama kopi tanpa gula, manakala laksa tanpa cabai melaka (cili padi) umpama minum air suam, tanpa rasa, kosong rasa di lidah...

Tak dapat digambarkan sensasi yang terbit di lidah tatkala menghirup kuah laksa yang masih panas bersama perahan limau nipis.. emmmmmmm

Tak tertahan rasanya apabila terbayang bagaimana ketujuh2 komponen tadi bertemu di dalam mulut. Seolah-olah satu kumpulan orkestra berkolaborasi memainkan suatu alunan muzik yang indah lagi murni.

Adussss sedapnyaaaaaaaaaa

Nikmatilah laksa anda, walau di negeri mana anda berada..

8 comments:

  1. wow sgt la mengiurkan..
    bile nak belanje makan laksa

    ReplyDelete
  2. i'm craving laksa penang...isk3...mana nk cr ne..bunga kantan ngan daun kesum mn ade..isk3

    ReplyDelete
  3. dyg redzuan: insyallah bila ada kelapangan nanti

    wahidah : haha sian kat wai. sabar lah. nanti balik mesia, makan ler bebanyak. lepas tu jangan lupa bawa stok bunga kantan & daun kesum ke sana banyak banyak

    ReplyDelete
  4. nie 1st time tau laksa teluk kechai...
    waaa siap ada sambal oren tu ek...
    nak kena cari gak aaaa one day...
    i nie mmg 'hantu' laksa...
    tak kira laksa mana tetap suka...
    tapi takat nie paberet i kalo balik penang..
    laksa pokok jambu kat bayan lepas...
    dah le sedap, murah plak tu...perghhhh...

    ReplyDelete
  5. saya juga suka makan laksa....skrg ngah cr tok guru utk belajar buat laksa johor....

    ReplyDelete
  6. ngidam laksa dah neh.. saja ja kannn...

    ReplyDelete
  7. tu la pesal...mmg lupa nak bawa stok bunga kantan n daun kesum..isk3

    ReplyDelete
  8. i nak esok i balik, laksa dah terhidang kat umah!!!!!!!.hahahahahaha

    ReplyDelete