Wednesday, March 31, 2010

Serba salah...


Pernahkah anda mengalami situasi di mana semua tindakan anda dianggap serba tak kena. Anda cuba mengikut arahan dan memberi yang terbaik namun semua tindakan anda digunakan untuk menghentam anda kembali.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana seolah-olah orang sengaja menunggu anda membuat kesilapan dan memperbesar-besar kesilapan anda walaupun ia hanyalah perkara kecil.

Seolah-olah pengorbanan anda selama ini tidak di ambil kira............

Dua perkara di atas mampu membuatkan Jiwa menjadi resah, Hati menjadi patah, Badan menjadi lemah..

Kalau dalam situasi peperangan "as if you are fighting a loosing battle"

Kalau dalam permainan catur seolah-olah anda di checkmate sehingga walau apa pun buah catur yang anda gerakkan masih tak mampu menyelamatkan king.

Sabarlah. Buat sajalah apa yang anda rasakan betul. Pedulikan kata-kata mereka...

Kalau ia berlaku dalam pejabat.. cari sajalah kerja lain

Kalau ia berlaku dalam perhubungan .. cari sajalah pasangan lain

Jangan risau, tuhan tahu pengorbanan anda walau orang lain tak tahu atau buat -buat tak tahu..



Wednesday, March 24, 2010

Kisah di Macdonald petang tadi.. Cerita tah apa apa


Trainee : Eh !Sorang je bang

Aku : Ye sorang jer (aip perli nampak?)

Trainee : Makan sini or take away?

Aku : Makan sini, nak yang set ada cheese burger

Trainee : Ok nak set yg besar ker, tambah RM1.20

Aku : Eh tak yang kecil ajer (amboi perli lagi nampak)

Trainee : Ok, nak tambah apa apa lagi? sundae?

Aku : Tak pelah, saya diet (hehehe pada hal kalau order cheese burger tu diet ape ke bende)

Trainee : Ni balance Terima kasih dan sila datang lagi..

Mataku lantas menoleh ke arah tempat duduk. Mencari-cari meja kosong yang strategik agar aku dapat makan sambil menikmati pandangan sekeliling yang indah.

'Ni yang leceh ni, kat restoran ni, sos kena ambil sendiri' fikir aku ketika beratur hendak mengambil sos tomato dan sos chili. Terdapat seorang amoi cina di hadapan ku yang lambat sungguh hendak mengambil sos. Entah berapa cup yang dia ambil. Aku cuma tersenyum menanti giliran.

Seketika kemudian, aku mendapati diriku sedang membelek-belek cheese burger di pinggan kotaknya. "ish siapalah yang buat iklan cheese burger ni" Nampak dalam iklan punyalah besar, tapi bila di depan mata, rasanya dua biji baru cukup.

Sedang mataku liar memandang sekeliling, tiba-tiba aku terpesona dengan gelagat sepasang suami isteri di hadapan ku. Entah kenapa, aku rasa seperti ada chemistry yang kuat antara mereka berdua. Si suami sedang sibuk menerangkan sesuatu manakala si isteri khusyuk mendengar sambil di selang seli dengan gelak tawa kedua-dua mereka. Cukup bahagia, cukup berseri, cukup rasa. Pada pandangan ku, si suami bukan bergaya sangat manakala si isteri bukanlah cantik sangat namun keserasian amatlah terserlah. Sejuk mataku memandang. Begitulah kalau ada chemistry, perkara lain sememangnya tak menjadi soal. Timbul rasa cemburu pula mengenangkan diri yang masih solo ini. hahahaha

Mungkin menyedari diri mereka diperhatikan, mereka berdua serentak memandang ke arah ku. Aku terkejut lalu berpaling dan berpura pura memandang ke arah dinding di sebelah ku, seolah olah ada sesuatu yang istimewa mengenai dinding ini. Pada hal ia hanyalah dinding biasa yang terdapat di mana mana kedai macdonalds. hahahaha aku ketawa di dalam hati mengenangkan keletah ku sendiri.

Aku berniat di dalam hati, inilah kali terakhir aku makan macdonald kerana selepas ini, aku nak mula berdiet secara serius. Adik ku sudah mula menegur fizikal aku manakala kawan kawan aku sudah mula berkias-kias. Mungkin mereka cemburu atau mungkin juga mereka betul. Lantas aku menghabiskan cheese burger di depan aku sambil berharap lepas ini aku akan berjaya menghalang diri ni dari menjejakkan kaki ke macdonald lagi.

Aduss, teringin nak makan ayam kentucky la plak. Nampaknya minggu depan lah aku start diet......

Tuesday, March 23, 2010

UJIAN DARI ALLAH

Ayat ayat ini saya kutip melalui pembacaan internet. Sy siarkan semula semoga menjadi manfaat kita bersama.



KENAPA ALLAH MEMBERI UJIAN?

Surah al ankabut- “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan "


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan bermacam cubaan), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah al baqarah ayat 214


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Surah Al-Baqarah ayat 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


Surah Al-Baqarah ayat 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

BAGAIMANA MENYIKAPI RASA FRUSTASI?


Surah Al-Imran ayat 139 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”

SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI...!!!!!


Surah Yusuf ayat 87
“Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.”

“Dan sepenuhnya urusanku ini, kuserah pasrahkan bulat-bulat kepada Allah, sebab Ia Maha memperhatikan semua urusan hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44)



Sajak dari Hamka

Sekiranya kita dalam kesedihan, maka eloklah dibaca puisi ini hasil buah tangan Allahyarham Professor Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA). Ia Sedikit panjang namun memberi kesan yang mendalam...Bacalah wahai pembaca sekalian


Kalau engkau KAYA
Senangkanlah hatimu
Krn dihadapanmu terbentang kesempatan utk mengerjakan segala yg sulit-sulit.
Segala Perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana.
Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh.
Dihadapan engkau terhampar permaidani kepujian,
sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan

Jika engkau FAKIR MISKIN
Senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa,
penyakit kesombongan yg selalu menimpa org kaya.
Senangkanlah hatimu krn tak ada org yg akan hasad dan dengki kpd engkau lagi,
lantaran kemiskinanmu.
Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat,
yg tidak ada jalan bagi org lain buat kecil hati,
dan tidak ada pintu bagi kebencian.

Kalau engkau DERMAWAN
Senangkanlah hatimu!
Kerana dgn kedermawanan engkau dpt mengisi tangan yg kosong,
telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang,
engkau tegakkan org yg telah hampir roboh.
Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu
dan engkau beroleh bahagia
Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan
akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu
Kesenangan hatimu yg tadinya
Cuma satu, skrg akan berlipat ganda,
sebab telah byk org lain yg telah mengecap nikmatnya.

Kalau sekiranya engkau TAK KUASA JADI DERMAWAN
Itupun senangkanlah hatimu!
Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit
yg selalu menular kpd masyarakat manusia,
iaitu tiada membalas guna,penghilang jasa.
Mereka ambil kebaikan budi dan kemedermawananmu itu jadi senjata
untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yg rendah.
Saat yg demikian mesti dtg kpd setiap dermawan,
yg menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah,
sehingga hilang kepercayaan kpd segenap manusia,
disangka manusia tidak pembalas guna
Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagian
dan beroleh ampunan dari Tuhan

Kalau engkau masih MUDA REMAJA,
Senangkanlah hatimu!
Kerana pohon pengharapanmu masih subur,
dahan-dahannya masih rendang dan rimbun.
Tujuan kenang-kenangan masih jauh.
Sebab umurmu masih muda,
mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yg sebenarnya.

Kalau engkau telah TUA,
Senangkan pulalah hatimu!
Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yg sengit,
dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yg berguna di dalam sekolah hidup.
Engkau telah tahu firasat,
mengerti gerak geri manusia dan tahu kemana tujuan jalan yg ditempuhnya
Oleh sebab itu, segala pekerjaaan yg engkau kerjakan itu
kalau engkau suka lebih byk akan membawa faedah
dan lebih byk terisngkir drpd bahaya.
Satu detik drpd umurmu di masa tua,
lebih mahal harganya drpd bertahun-tahun di zaman muda,
sebab semuanya telah engkau lalui
dgn pandangan yg terang dan pengalaman yg pahit.

Kalau engkau dari TURUNAN YG MULIA-MULIA,
Tenangkanlah hatimu!
Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dlm hati tiap2 sahabat itu.
Kalau engkau memang di dlm kalangan sahabat yg byk itu,
lazat rasanya kemenangan,
dan kalau kalah tidak begitu terasa.
Lantaran banyaknya org yg menghargai dan memperhatikan engkau,
engkau dapatlah insaf,
tandanya harga dirimu mahal dan timbanganmu berat.
Yang penting ialah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandangkan hanya engkau yg benar,
lalu masuk ke dalam daerah yg baru, i
aitu mengakui bahawa ada lagi org lain yg pintar,
yg berfikir dan kuasa menimbang.

Jika MUSUHMU BANYAK,
Senangkanlah pula hatimu!
Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi.
Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yg engkau kerjakan.
Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau,
atau hasad dengkinya,
atau mulutnya yg kotor dan perangainya yg keji,
bertambahlah teguhnya pendirianmu bahwa engkau bukan barang murah,
tetapi barang mahal,
dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu,
engkau dapat beroleh pelajaran.
Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dgn serangan-serangannya yg kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri,
engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yg berfaedah,
engkau buangkan mana yg salah.
Ingatlah:
Pernahkah seekor burung helang yg terbang membubung tinggi
memperdulikan halangan burung layang-layang yg menghalanginya?

Kalau BADANMU SIHAT,
Senangkanlah hatimu!
Tandanya telah ternyata pd dirimu kekayaan Tuhan dan kemulian nikmat-Nya,
lantaran badan yg sihat,
mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.

Kalau engkau SAKIT,
Senangkan pulalah hatimu!
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan
di antara dua alam yg dijadikan Tuhan,
iaitu kesihatan dan kesakitan.
Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yg kuat,
kesembuhan mesti dtg sesudah perjuangan itu,
baik kesembuhan dunia,
atau pun kesembuhan yg sejati.

Kalau engaku menjadi ORANG LUAR BIASA,
Senangkanlah hatimu!
Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yg terang benderang
tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang
sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu,
dilihat-Nya otakmu sehingga cerdas,
dilihat-Nya matamu sehingga jadi azimat,
dilihat-Nya suaramu sehingga jadi sihir.
Bagi orang lain,
perkataan dan tiap2 suku kalimat yg keluar dari mulutnya
hanya menjadi tanda bahwa dia hidup sahaja.
Tetapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yg berapi dan bersemangat,
boleh meninggikan, boleh memuliakan dan boleh menghinakan,
sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam:
“Adalah”,
sehingga dia pun “Ada”.

Kalau engkau DILUPAKAN ORANG,KURANG DIKENAL,
Senangkanlah hatimu!
Kerana lidah tidak banyak yg mencelamu,
mulut tidak banyak mencacatmu,
tak ada org lain yg dengki kepadamu,
tak ada org yg berniat jatuhkanmu,
mata tak banyak memandangmu.
Itu dihadapanmu ada puncak bukit kemulian
org yg masyhur itu berdiri di atas masyarakat,
dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakat itu.
Rumah batu yg indah,
berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir yg kecil2.
Dengan demikikan itu engkau akan merasai kesenangan hati
yg kerapkali tak didapat oleh yg bibirnya
tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dlm ombak ilham.

Kalau SAHABATMU SETIA KEPADAMU,
Tenangkanlah hatimu!
Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yg paling kekal.

Kalau KAWANMU KHIANAT,
Senangkan juga hatimu!
Sebab kalau kawan-kawan yg khianat itu mungkir
dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yg lapang buat engkau.

Kalau TANAH AIRMU DIJAJAH atau DIRIMU DIPERHAMBA,
Senangkanlah hatimu!
Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yg terjajah
atau diri yg diperhamba kpd perjuangan melepaskan diri dari belenggu.
Itulah perjuangan yg menentukan hidup atau mati, dan itulah yg meninggalkan nilai.
Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yg terus menerus dijajah**.

Jika engkau dari BANGSA MERDEKA,
Senangkanlah hatimu!
Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dgn bangsa2 yg lain,
ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru.
Kemerdekaan itu mesti diisi dgn bahan2 yg baik,
dan bagimu terbuka kesempatan yg seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau HIDUP DALAM KALANGAN ORG YG KENAL KAN DIRI DAN CITA² ENGKAU, Senangkanlahhatimu!
Kerana disana engkau dapat mengusahakan tenaga muda setiap hari,
dan kekuatan pun bertambah,
roh serta semangat menjadi baru.
Engkau bertambah subur dan tegak menaungi lautan dan daratan.

Kalau engkau HIDUP DI KALANGAN MASYARAKAT YG MASIH RENDAH,
yg tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang,
sehingga engkau merasa ‘sial-dangkal’,
maka senangkan juga hatimu!
Kerana dgn sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung,
lebih tinggi terbangmu daripada org-org yg patah sayap itu.
Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal,
untuk mengubatai fikiranmu yg gelisah,
untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau DICINTAI ORG DAN MENCINTAI,
Senangkanlah hatimu!
Tandanya hidupmu telah berharga,
tandanya engkau telah masuk daftar org yg terpilih.
Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu
lantaran pergaduhan hati sesama makhluk.
Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib
telah terkongkong dibawa satu perasaan di dalam lindungan Tuhan.
Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak,
ketika fajarnya dan terbenamnya,
tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini.
Lantaran yg demikian dua jiwa berenang di langit khayal,
di waktu orang lain terbenam.
Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman,
bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Jika engkau MENCINTA TETAPI CINTAMU TAK BERBALAS,
Senangkan jugalah hatimu!
Kerana sesungguhnya org yg mengusir akan jatuh kasihan
& ingin kembali kpd org yg diusirnya itu setelah dia jauh dari matanya,
dia akan cinta,
cinta yg lebih tinggi darjatnya drpd cinta lantaran hawa.
Terpencil jauh membawa keuntungan insaf,
kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan.
Sehingga lantaran itu hati kan bersih,
laksana bejana kaca yg penuh berisi air khulud,
air kekal yg dianugerahkan Tuhan.
Dengan sebab itu,
engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu,
kalau tidak ada pada insan.
Bersedialah menerima menyuburkan cinta,
walaupun bagaimana besarnya tanggunganmu,
kerana cinta memberi dan menerima,
cinta itu gelisah, tetapi membawa tenteram.
Cinta mesti lalu di hadapanmu,
sayang engkau tak tahu bila lalunya.
Hendaklah engkau jadi org besar,
yg sanggup memikul cinta yg besar.
Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah,
engkau menjadi pencium bumi,
engkau akan jatuh ke bawah,
tak jadi naik ke dalam benteng yg kuat dan teguh,
benteng yg gagah perkasa yg sukar tertempat oleh manusia biasa.

Kerana tugu cita-cita hidup itu
berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan
yg diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.
Merasa tenteramlah selalu,
senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu,
kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu
amat banyak tak terbilang
kesulitan perjalanan hidup kian minit,
kian baru. Merasa senanglah selalu!
Merasa tenteramlah!

Senangkanlah Hatimu dipetik dr buku Tasauf Moden-Prof HAMKA

Monday, March 22, 2010

Kisah Seram.

Baru baru ini, ada seorang kawan, abg jo menceritakan satu kisah yang agak menakutkan. Tak tahulah samada benar atau tidak . Sy tuliskan kisah itu di sini supaya pembaca dapat menilai kisah ini........

Kisah ini berlaku di sebuah depot simpanan bas. Ia merupakan satu kawasan lapang untuk bas disimpan pada waktu malam. Terdapat juga bengkel tempat bas diperbaiki dan pejabat. Kawasan ini sebenarnya adalah kilang lama yang telah terbiar sebelum diambil alih oleh syarikat bas berkenaan.

Kawasan ini berpagar sepenuhnya. Pada suatu malam, abg jo yang kerjanya sebagai tukang repair bas datang bekerja pada waktu malam. Pada kebiasaannya, terdapat 3 lagi mekanik yang bekerja di waktu malam, tapi oleh kerana esoknya merupakan tahun baru cina, maka pada malam itu hanya abg jo yang bekerja.


Isteri abg jo memang tak suka abg jo bekerja shift malam, tapi nak wat camna. dah policy syarikat. lagipun, pada sebelah malam merupakan waktu yang elok untuk repair bas kerana pada waktu siang bas berjalan ke sana sini.


Abg jo, ada satu tabiat pelik. Bila sampai di hadapan pondok pengawal, dia akan menunggu bas yang masuk untuk ditumpang. Ini kerana dia malas nak berjalan ke bengkel yang jaraknya 50 meter dari pondok pengawal.

Pada malam itu, abg jo tiba jam 11.45 malam dekat pondok pengawal. Ketika itu pengawal tiada. Ke surau agaknya. Dia pun mula menunggu.

Ketika menunggu, dia mula teringatkan kisah kisah pelik yang berlaku di depot itu. Antaranya ada pekerja pernah mendengar suara perempuan mengilai di tandas. Ada satu lagi kes, pernah mekanik ternampak seorang perempuan menyusui anaknya di dalam bas. Setelah di dekati rupa perempuan itu amatlah buruk dan berulat. Manakala anaknya pula ialah batu nesan. Selepas itu dia hilang secara tiba tiba. Memang pernah ada seorang perempuan mengandung yang meninggal di dalam bas.

Apabila mengenangkan dia bekerja seorang malam ni, abg jo jadi kecut. Peluh mula membasahi dahi. Dah pukul 12.30 mlm. Bunyi anjing sahut menyahut. Dia bertambah kecut.

Tiba2 kedengaran bas bergerak menuju ke arah depot. Abg jo berasa lega. Tetapi bas itu berhenti tiba tiba lebih kurang 70 meter dari pintu pagar. Abg jo berasa pelik. Lampu bas tertutup kedengaran bunyi bising. Lebih kurang 3 minit. Bas bergerak semula, tetapi kali ni amatlah perlahan...

Abg jo cuba menahan bas itu untuk ditumpang tapi ia tidak berhenti. Oleh kerana ia bergerak amat perlahan maka abg jo sempat melompat menaiki bas melalui pintu yang tidak ditutup.
Dia pun langsung ke tempat duduk di depan. Tiba tiba, abg jo terperasaan tiada orang di tempat pemandu. Abg jo jadi kecut, macam mana bas bergerak sendiri, amat perlahan pulak tu. Tiba tiba abang jo terperasan ada sebelah tangan yang mengawal stereng dari arah tepi. abang jo menjadi takut. Dia terperasan ada seorang wanita rupanya ditepi tempat duduk pemandu sambil tangan kanan memegang stereng. abg jo pelik. macam mana bas boleh bergerak tanpa wanita tadi menekan pedal minyak.

Abg jo mula terkenang kisah perempuan hantu tadi, beliau sudah tak tentu arah lalu dia berlari ke belakang sekali untuk melihat tingkap belakang. Jantung beliau berdegup kencang seolah olah tidak mempercayai apa yang dilihatnya.

Rupa rupanya pemandu bas dan konduktor tengah menolak bas. Bas rosak.....sebab tue dia bergerak perlahan. Dan perempuan itu adalah isteri pemandu bas cuba nak tlog kawal stereng......


Hehehe ............

Saturday, March 20, 2010

Sembang-sembang teh tarik 2

Adus, dah puas memikir tapi tak dapat jugak tajuk yang nak ditulis kali ni. So sekali lagilah saya sembang sembang kosong dengan anda semua..

Tak ada apa perkara menarik yang berlaku 2-3 hari ni. cuma after 10 years saya dah mula cuba berjinak ke gym semula. Bukan nak bina badan cuma nak jadi fit sikit. (actually beberapa org dah tegur berat badan sy walaupun still sesuai ngan ketinggian )

Nasib baik sy dah pernah ke gym 10 tahun lalu jadi sy tak lah segan sangat berbanding masa mula mula dulu.

Seperti biasalah, bila ada gym, terdapatlah beberapa orang lelaki (dan wanita) gagah yang kerjanya setiap hari cuba mengangkat berat seberat mungkin, bertujuan nak menambahkan muscle, samada untuk pertandingan atau kepuasan diri.


Gambar hiasan - Sazali Samad Juara Dunia Bina Badan

Bagi yang first time masuk gym, bila terpandang manusia2 gagah ini, kita akan berasa segan, kerdil,malu alah dan beberapa perasaan lain yang melibatkan rasa rendah diri. Tapi bagi yang dah biasa masuk gym, manusia gagah ini rupanya seperti insan yang lain juga, ramah, mudah tersenyum, tak sombong dan sedia membantu kita. (memang terdapat satu dua ekor yang sombong tapi majoritinya baik dan peramah)

Manusia gagah sedang flex muscle bicep


Kalu kita bandingkan bicep kita dengan mereka (bicep= otot bahagian atas lengan), kita akan dapati bicep mereka sebesar peha kita. Lihat gambar di atas. Malah otot otot di bahagian lain juga amatlah besar .


Kadang kadang sy hairan, mengapa sampai begitu sekali mereka training untuk mendapatkan badan berotot yang besar dan kadangkala amat pelik.






Apa yang menarik, manusia gagah ini suka posing kat cermin sambil flex muscle mereka. Setiap kali habis sesuatu set senaman, mereka akan merenung cermin sambil flexing muscle mereka. Mungkin terasa puas melihat muscle yang makin besar.

Ada sebahagian manusia gagah ini yang berlatih ikut skima yang betul. Kita akan dapati proportion badannya elok dan sekata. maknanya, bahagian atas badan dan bahagian bawah badan adalah sekata dari segi tumbesaran ototnya.

Tapi bagi yang main belasah aja, kita akan dapati dia mempunyai dada yang bidang, tangan yang besar tapi punggung dan kaki yang kecil. Ini bermakna orang ini hanya menumpukan bahagian atas bdan sahaja. Nampak pelik sungguh hahahahahah Nak tergelak pun ada, tapi bila mengenangkan bicep dia yang sebesar paha sy yang dah memang besar ni, sy tak jadi gelak kuat2.

Anyway, bagi yang first time ke gym, eloklah upah trainer untuk at least sebulan agar dia boleh tunjukkan cara yang betul nak bersenam.

Bagi sy tak perlulah terlampau berotot besar. Asalkan kita fit, sihat dan sedap mata memandang cukuplah...



YANG NI BARU BETUL BETUL GAGAH


Tuesday, March 16, 2010

Sembang-Sembang teh tarik...

Actually saya tak dapat nak fikirkan sebarang tajuk untuk dikongsikan bersama. Last two-three days merupakan hari yang malang buat saya. Tapi saya dah redha.....

So todays saya nak sembang kosong ajer dengan uols (Perkatan uols ni selalu dipakai oleh bloger RASP).

Sedar tak sedar dah 2 bulan saya berblog.. Masih ingat lagi masa memula nak buat, kacau bilau jadinya.

Saya juga sering melewati blog-blog yang lain sama ada yang jadi follower saya atau pun tidak. Saya belajar banyak benda baru.

Contohnya, Luis Vuitton tu sebenarnya adalah jenama terkenal bagi feshen wanita terkenal+glamour=mahal.

Saya juga baru tahu yang perkataan chaiyok tu bermaksud 'berusahalah'. (TQ mimi)

Rupanya, nak balik kelantan dari UTHM Batu Pahat amek masa 12 jam naik bas... masyallah mahunya saya boring sampai pengsan. Pengsan pun tak boring. (kesian nik anna and orang kelantan)

Saya juga mengenal erti kecekalan bagaimana seorang wanita cuba untuk menghampiri destinasi chenta. hahaah (jgn marah reben merah)

Kebanyakkan blog saya lawati menjadikan blog sebagai media untuk menyalurkan maklumat.


1. Ada yang gunakan blog untuk mengupdate aktiviti harian
2. Ada yang gunakan blog untuk memberi pandangan
3.Ada yang gunakan blog untuk info politik, info perniagaan, info agama
4. Ada yang gunakan blog untuk menyampaikan apa yang terpendam di hati

Walau apapun tujuan, blog merupakan alat untuk kita mengeratkan silaturahim.

Kadang-kadang pendapat yang ditinggalkan oleh bloger lain dalam blog kita dapat memberi satu perspektif baru dan segar.

Ini kerana pendapat orang luar (stranger) amat diperlukan kerana mereka bersifat neutral, ikhlas dan selalunya tidak bersifat judgemental terhadap kita. Malah mereka mungkin melihat sesuatu dalam perspektif yang berbeza.

Oklah, dah jauh melalut ni... anyway saya ucapkan tq kepada semua kerana sudi melawat blog nie. Semoga ada sesuatu yang dapat kita kongsi bersama dengan rakan-rakan ketika berblog..


Selamat berblog untuk semua!!!!!





Friday, March 5, 2010

KL, ku mahu pulang


Kakiku melangkah longlai menuju ke stesyen LRT. Ramai orang tak terkira. Masing-masing punya urusan tersendiri.

Ada ibu membawa anak, ada remaja berpegangan tangan, ada pelancong membelek peta, ada pekerja bercakap telefon, ada pemuda dan pemudi membaca novel dan majalah sambil mendengar lagu mp3, dan ada seribu satu macam feel manusia lagi. Ada juga yang mempersona tak kurang juga yang menyesakkan jiwa..........

Walaupun aku dikelilingi ramai, namun jiwa ku tetap kosong. sekosong air putih yang keluar dari penapis air bio aura. Cukup kosong, tanpa bau dan rasa, tanpa keledak dan warna. Itulah yang sering ku rasa ketika berada di kota ini. Cukup sunyi...

Entah kenapa, kotaraya yang indah ini bukan pilihanku. Aku seolah berada di tempat asing.
Terlalu sibuk kota ini, terlalu ramai di kota ini. Semuanya sesak, semuanya tak boleh diharap dan dipercaya ... arrghhhhhhh!.

Penduduknya amat mementingkan diri sendiri. Jiran tak pernah kenal. Keluar pagi sebelum matahari terbit, balik selepas matahari terbenam..

Kelakuan penduduknya amat menyeramkan. Ada penagih dadah, ada budak punk, ada bohsia, mat rempit, ada org africa yang suka memperdaya, ada perempuan dari china yang menggoda, dan ada saja yang suka mengambil kesempatan dimana-mana ...

Semakin lama aku disini, semakin aku turut teradun dalam acuan kotaraya ini.

Tapi apa kan daya, kadang-kadang urusan hidup membawa juga aku ke kota ini. Kalau boleh ku mahu pulang. Biar dikata kolot, biar dikata rugi....

Wednesday, March 3, 2010

Kaunselor tak bertauliah...


Beberapa minggu sudah, dua orang kawan saya mengadu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua telah berkahwin dengan pasangan masing-masing yang dikenali sejak dari bangku sekolah lagi..

Kawan lelaki - Isteri aku seorang yang tak tahu menghargai pengorbanan aku. Yang dia tahu nak minta duit saja. Bukan dia nak ambil berat tentang aku. Makan pun aku kena cari sendiri.Dia tak pernah tanya aku letih ke tak, dia tak pernah peduli aku ada duit ke tak, yang dia tahu aku kena settle sume bill sorang diri. Abis tu apa guna dia bekerja kalau tak membantu. lebih baik dia duduk dirumah jaga anak. Duit gaji aku abis dia minta, duit gaji dia abis guna untuk shoping dan masuk program mlm yang tak berfaedah sampaikan duit habis beribu, untung tak ada. Bila tegur, dia cakap aku dengkilah, tak mo bagi semangatlah.Kalu camni tak mustahil aku cari lain kalau aku ada duit nanti..

Kawan perempuan - Suami aku asyik buat dek ajer bila balik kerja. Dahlah balik lewat sampai kul 1-2 pagi terus masuk tidur aja. Bukan nak tolong aku buat kerja rumah. Aku pun kerja juga bukan dia sorang aja kerja. Aku pun penat di ofis. Bila balik rumah, kena jaga 2 orang anak kecil, bagi makan anak, tukar lampin, masak, mengemas, basuh baju, jemur baju, serika baju dan lain-lain lagi. Semua aku kena buat sendiri. Suami aku buat dek aje. Aku dah fed up laa. Aku penat. Aku tengah consider nak berpisah ni..


Adoi, kedua-dua kawan mengadu kat saya yang belum kawen lagi ni. Ni yang buat tak semangat ni.

emm alahai dulu masa sekolah bercinta bagai nak rak.. sekarang leh camtu lak.. terpadamkah api chentaa? Ke manakah destinasi chenta kamo? (Chewah, tiru ayat blogger Siriben merah)

So saya nasihatkan kat dua-dua supaya bersabarlah. Perhaps berbincang dengan pasangan masing masing dan jumpa kaunselor.Rujuk kepada mereka yang arif. Mungkin kaunselor dapat membantu menjernihkan keadaan.

Kepada pasangan masing-masing ,

  • Mungkin satu senyuman yang ikhlas mampu menceriakan keadaan

  • Mungkin sebaris ucapan penghargaan mampu menghilangkan penat di dada

  • Mungkin sebuah pertolongan mampu mengeratkan hubungan....

Teringat chorus lagu Faizal Tahir : Aku chenta padamu, aku benci padamu.....