Wednesday, March 24, 2010

Kisah di Macdonald petang tadi.. Cerita tah apa apa


Trainee : Eh !Sorang je bang

Aku : Ye sorang jer (aip perli nampak?)

Trainee : Makan sini or take away?

Aku : Makan sini, nak yang set ada cheese burger

Trainee : Ok nak set yg besar ker, tambah RM1.20

Aku : Eh tak yang kecil ajer (amboi perli lagi nampak)

Trainee : Ok, nak tambah apa apa lagi? sundae?

Aku : Tak pelah, saya diet (hehehe pada hal kalau order cheese burger tu diet ape ke bende)

Trainee : Ni balance Terima kasih dan sila datang lagi..

Mataku lantas menoleh ke arah tempat duduk. Mencari-cari meja kosong yang strategik agar aku dapat makan sambil menikmati pandangan sekeliling yang indah.

'Ni yang leceh ni, kat restoran ni, sos kena ambil sendiri' fikir aku ketika beratur hendak mengambil sos tomato dan sos chili. Terdapat seorang amoi cina di hadapan ku yang lambat sungguh hendak mengambil sos. Entah berapa cup yang dia ambil. Aku cuma tersenyum menanti giliran.

Seketika kemudian, aku mendapati diriku sedang membelek-belek cheese burger di pinggan kotaknya. "ish siapalah yang buat iklan cheese burger ni" Nampak dalam iklan punyalah besar, tapi bila di depan mata, rasanya dua biji baru cukup.

Sedang mataku liar memandang sekeliling, tiba-tiba aku terpesona dengan gelagat sepasang suami isteri di hadapan ku. Entah kenapa, aku rasa seperti ada chemistry yang kuat antara mereka berdua. Si suami sedang sibuk menerangkan sesuatu manakala si isteri khusyuk mendengar sambil di selang seli dengan gelak tawa kedua-dua mereka. Cukup bahagia, cukup berseri, cukup rasa. Pada pandangan ku, si suami bukan bergaya sangat manakala si isteri bukanlah cantik sangat namun keserasian amatlah terserlah. Sejuk mataku memandang. Begitulah kalau ada chemistry, perkara lain sememangnya tak menjadi soal. Timbul rasa cemburu pula mengenangkan diri yang masih solo ini. hahahaha

Mungkin menyedari diri mereka diperhatikan, mereka berdua serentak memandang ke arah ku. Aku terkejut lalu berpaling dan berpura pura memandang ke arah dinding di sebelah ku, seolah olah ada sesuatu yang istimewa mengenai dinding ini. Pada hal ia hanyalah dinding biasa yang terdapat di mana mana kedai macdonalds. hahahaha aku ketawa di dalam hati mengenangkan keletah ku sendiri.

Aku berniat di dalam hati, inilah kali terakhir aku makan macdonald kerana selepas ini, aku nak mula berdiet secara serius. Adik ku sudah mula menegur fizikal aku manakala kawan kawan aku sudah mula berkias-kias. Mungkin mereka cemburu atau mungkin juga mereka betul. Lantas aku menghabiskan cheese burger di depan aku sambil berharap lepas ini aku akan berjaya menghalang diri ni dari menjejakkan kaki ke macdonald lagi.

Aduss, teringin nak makan ayam kentucky la plak. Nampaknya minggu depan lah aku start diet......

4 comments:

  1. semoga berdiet,,, tp jgn tahi2 ayam plak... hehehehe...
    bahagianya bc cerita suami isteri tu... hope me like that... ^_^

    ReplyDelete
  2. pastikan mengikuti cara diet yang betul ye..
    jgn smpai x mkan langsung...
    heheh kesihatan tu kan penting..nasihat dripada penaja ni..
    kehkehe

    ReplyDelete
  3. wah wah..lpas KFC...mcm best la plak PIZZA HUT yg baru :P mnggu lagi 1 la diet :D hahaha..diet jgn xdiet..hihi..

    ReplyDelete