Friday, April 16, 2010

final paper..




Masih teringat lagi final paper dalam final exam di final semester masa kat university dulu. Nama paper tue Specialized Accounting. Haha tajuk agak gempaq tapi hampeh. Lecturer yang mengajar tue lecturer datang dari India..

Tak ingat hari apa tapi paper tu lah paper yang terakhir sebelum aku grad.. Masa nak masuk dewan exam, hati berdebar-debar. Tengok kengkawan semue ada bermacam feel. Ada yang senyum2, ada yang dok sibuk terkumat kamit menghafal sesuatu, ada yang dok sembang2 dan seperti biasa ada yang muka masam.

Haha paper tue 3 jam. Tapi aku amik masa sejam setengah untuk buat. Maklumlah ada tips dari kawan2 si pembodek lecturer. Aku paling tak suka pembodek lecturer. Tapi masa exam, perasaan menyampah kepada pembodek bertukar menjadi sayang. Ini kerana merekah sumber aku mendapatkan tips exam atau dengan nama lain 'soalan bocor'. Ini kerana pembodek lecturerlah yang selalu berjaya memujuk lecturer untuk membocorkan soalan hahaha.

Berbalik kepada paper tadi, masa dah abis jawab, aku tengok jam. Baru sejam setengah. Ada lagi sejam setengah. Mula2 aku nak duduk juga dalam dewan tu sampai abis masa. Nak enjoy until the last moment. (Maklumlah last paper) Nak menikmati sehingga ke titisan saat yang terakhir. Nak tunggu sampai Ketua Invigilators kata " Ok students! Time is up. Stop Writing! Put down your pen. We will collect your answer sheet in a moment. At meantime, please ensure your name, ic no and other details are correct.' (Tu dia, aku sampai leh hafal skrip tue)

Tapi nampaknya aku terpaksalah melupakan hastrat murni ku itu. Aku dah tahan nak kuar dari dewan ni. Aku toleh kiri dan toleh kanan, ada kengkawan dok senyum. Mungkin dok tunggu sapa yang nak mula langkah nak kuar dulu dari dewan exam ni. Aku dah tak tahan nak tunggu lelama.

So, dengan gilang gemilang aku angkat tangan. Datang seorang lecturer perempuan ni. Dia senyum kat aku. Satu senyuman yang aku takkan lupa sampai bebila. Manis sungguh. Dia tanya 'awak dah abis ker? dah puas hati dengan jawapan awak?'. Dengan muka cuak, aku pun angguk ajer.

So keluarlah aku dari dewan. Gembira, lega, sebak, sedih dan bermacam-macam lagi perasaan bermain di minda. Lega sebab semua bala dah abes, Sedih sebab nak berpisah ngan kengkawan. Ntah kenapa aku rasa sedih sangat. Bukan senang nak jumpa lagi dengan kengkawan. Lepas ni semua bawa haluan sendiri.. Ntah bila pulak boleh jumpa...

So aku pun tunggu kat bawah. Lepas sume dah kuar dari dewan exam, kami beramai-2 amek gambar kat bawah. Meriah sungguh. Ada yang menjerit, buat bising. Maklumlah, sapa nak marah lagi....

Cuma aku terkilan, aku tak ada gambar tue. Aku tak ingat sapa punya kamera. Rasanya tuan punya kamera tu aku tak kenal. Dia sorang aja yg bawa camera waktu tu. Lagipun sapa nak terfikir untuk bawa camera pi exam. Masa tu bukan macam sekarang, handphone tak berapa canggih lagi. Kalau sekarang semua hp ada camera canggih. So tak adalah aku gambar masa tue. Rasa nyesal lak. Kalu ada gambar tue mesti lagi nostalgia ni....


So kepada yang nak final exam tue.. selamat lah yek.. jangan lupa amek gambar ramai2 masa selesai final paper nanti..

good luck and all the best....

9 comments:

  1. thanx utk peringatan tu... mmg xsbr nk hadapi last paper 4 da last sem ni,,,

    ReplyDelete
  2. those were the days huh...
    byk kenangan masa time blajar dulu :D

    ReplyDelete
  3. Gadis H and nik anna : Goodluck. Enjoy lah this final moment.

    Rasp : Masa tu lah masa paling best dalam hidup. Bila dah kerja dah jadi tak brapa best.. hahaha

    ReplyDelete
  4. pemburu bintang : awat keje jd xbrp best plak...???

    ReplyDelete
  5. mcm tahu je nak wish kat saper..ehem2..

    am i missing sumthing???? :P

    ReplyDelete
  6. Wahidah : hai lama tak melawat blog nie. u dont miss anything. a few bloger nak amik final exam such as lady h, mimi, nik anna and anak pak cik duanz

    Gadih H : Kerja ada banyak tanggungjawab tak da masa nak lepak dengan member dah

    ReplyDelete
  7. hehe xpe..sy bru tahun satu sem 2..insyaAllah bnyk lagi mase leh bergambar..

    ReplyDelete
  8. hehe..
    lusa sy viva dah..submit thesis then selamat tinggal alam university...insyaAllah la if lepas.

    ReplyDelete