Thursday, May 6, 2010

Laksa

(laksa telok kechai, yg oren tu sambal kelapa,
hanya laksa ini ada sambal tersendiri)



Ada banyak laksa di pasaran seperti laksa kedah, laksa kelantan, laksa johor, laksa penang, laksa perlis dan banyak lagilah. Rasanya semua negeri ada laksa masing-masing..

Tapi aku lebih mengemari laksa negeri kedah. Bukan kerana laksa lain tak sedap, tapi selera aku lebih kepada laksa di negeri kedah..


Di kedah sendiri pun ada beberapa jenis laksa. Ada laksa telok kechai (my favorite, telok kechai tu nama tempat dekat kuala kedah), laksa buyung dan laksa kedah..

Terdapat tujuh komponen utama yang melengkapkan sepinggan laksa iaitu :
  1. Laksa (mee yang dibuat dari beras)
  2. Kuah (dari jenis ikan dan asam)
  3. Sayur (timun, bawang, dll)
  4. Cabai melaka (cili padi = orang kedah panggil cabai melaka)
  5. Telur rebus
  6. Otak udang dan/ atau limau nipis
  7. Sambal kelapa (hanya laksa telok kechai mempunyai sambal untuk dimakan bersama laksa)
Ketujuh2 komponen di atas mesti ada pada setiap hidangan laksa. Kalau hilang atau rosak salah satu komponen di atas, maka terjejaslah hidangan laksa tersebut.

Laksa tanpa hirisan telur rebus, umpama kopi tanpa gula, manakala laksa tanpa cabai melaka (cili padi) umpama minum air suam, tanpa rasa, kosong rasa di lidah...

Tak dapat digambarkan sensasi yang terbit di lidah tatkala menghirup kuah laksa yang masih panas bersama perahan limau nipis.. emmmmmmm

Tak tertahan rasanya apabila terbayang bagaimana ketujuh2 komponen tadi bertemu di dalam mulut. Seolah-olah satu kumpulan orkestra berkolaborasi memainkan suatu alunan muzik yang indah lagi murni.

Adussss sedapnyaaaaaaaaaa

Nikmatilah laksa anda, walau di negeri mana anda berada..