Setelah lama aku duduk ofis, minggu lepas ada peluang nak p kuala lumpur 4 hari.. jeng jeng... bos aku nak bukak hotel baru jadi dia pun mnta tolong aku ikut geng sales p buat promosi... aku yang tak tau apa pasal hotel pun belasah p jugak.....Hotel baru boss aku nama the Fuller. 2 Bintang jaaa... sebelum ni dia buka hotel Starcity, 3 bintang.. banyak duit depa buka hotel sampai dua biji.
Buat promosi kat putrajaya ... kat pegawai kerajaan yang nak buat function atau lawatan ke negeri kedah. aku ikut jalah. budak sales yang dok cakap banyak kat orang. aku cuma senyum dan tambah mana yang patut..
dok kat hotel grand season dalam kl. dekat dengan stesen monorail chow kit.. hotel dia menarik gak.. bilik dapat yang mengadap klcc. waktu malam cantik.. tapi aku duduk sorang2 sebab lagi seorang tak jadi p kl...kalau ada bini mesti romantik chewahhhhhh.....
malam-malam kita orang tak ada aktiviti. so setiap orang buatlah aktiviti sendiri. aku suka lepak bilik jaa.. ada yang kuar jumpa kawan lah, p shoping lah dan lain lain... aku cuma kuar bila nak cari makan malam...nasib baik dekat stesen monorail tu malam-malam ada gerai jual sup.. first time aku belasah sup urat. tak pernah tengok pun camna urat sebelum nie.. kaya dengan lemak rupanya.. tapi aku suka.. peh..terangkat... walaupun gerai, tapi harga pun terangkat jugak......kat area sini ada jugak gerai jual barang2 cam kat uptown tue..
Ni la gambar bilik hotel grand season..
tiap tiap hari kerja aku sembunyikan toileteries hotel dalam beg.. so bila housekeeping mai kemaih bilik, depa bagi yang baru.. so semua dapat la 3 set shampoo, body bath, soap, cotton bud, dan plastik yang tutup rambut tu. aku pun tak ingat nama dia....aaaaaaaaaaaa shower cap... baru ingat.. hihih
Sekadar hiasan, bukan toiletries sebenar.....
memula rasa malu kat housekeeping tu. mesti dia tau aku sembunyi toiletries dalam bag.. ah lantak lah.... bilik aku yang bayorr. eh silap, company yang bayorrr. aku kebas lah toiletriess. padahal bila bawa balik toiletries tu bukan guna sangat pon... hihi
aku tak tau dengan korang. kalau korang p hotel, selalu korang guna tak toiletries tue? macam aku selalu bawak sendiri jaa. yang hotel bagi selalunya yang qualiti biasa-biasa ja.
anyway, lepas 4 hari aku pun kembali ke rutin pejabat yang membosankan....
Monday, June 18, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jangan lah bosan kerja, kerja tu kan ibadah :)
ReplyDeleteowh tertunduk malu mendengar nasihat ini
ReplyDeletekeep on writing okay..
ReplyDeletewahida insyallah
ReplyDeletedah lame rase nye x jengah si pemburu bintang..moga sentiasa sihat
ReplyDelete