Saturday, June 12, 2010

Cupcake

Lama tak mengupdate blog ni. Dah puas fikirkan topic namun tiada apa yang terlintas difikiran. Baru baru ni sy berkenalan dengan seorang kawan yang pandai membuat cupcake.
Satu yang agak aneh di mana cupcake tiba-tiba mendapat tempat dihati penggemar kek terutama wanita dan kanak-kanak. Mungkin kerana corak yang menarik dan unik menjadi daya menarik.

Menurut kawan saya, cupcake yang dibuatnya mempunyai 3 pilihan kek iaitu coklat, butter dan orange. Yang paling mencabar menurutnya bukanlan nak membuat kek tersebut tapi cara nak menghias (decorate). Terdapat pelbagai tema atau hiasan. Ada tema garden, tema pengantin dan lain lain

Berikut saya dapatkan gambar cupcake dari internet yang dibuat di luar negara:






























Thursday, May 6, 2010

Laksa

(laksa telok kechai, yg oren tu sambal kelapa,
hanya laksa ini ada sambal tersendiri)



Ada banyak laksa di pasaran seperti laksa kedah, laksa kelantan, laksa johor, laksa penang, laksa perlis dan banyak lagilah. Rasanya semua negeri ada laksa masing-masing..

Tapi aku lebih mengemari laksa negeri kedah. Bukan kerana laksa lain tak sedap, tapi selera aku lebih kepada laksa di negeri kedah..


Di kedah sendiri pun ada beberapa jenis laksa. Ada laksa telok kechai (my favorite, telok kechai tu nama tempat dekat kuala kedah), laksa buyung dan laksa kedah..

Terdapat tujuh komponen utama yang melengkapkan sepinggan laksa iaitu :
  1. Laksa (mee yang dibuat dari beras)
  2. Kuah (dari jenis ikan dan asam)
  3. Sayur (timun, bawang, dll)
  4. Cabai melaka (cili padi = orang kedah panggil cabai melaka)
  5. Telur rebus
  6. Otak udang dan/ atau limau nipis
  7. Sambal kelapa (hanya laksa telok kechai mempunyai sambal untuk dimakan bersama laksa)
Ketujuh2 komponen di atas mesti ada pada setiap hidangan laksa. Kalau hilang atau rosak salah satu komponen di atas, maka terjejaslah hidangan laksa tersebut.

Laksa tanpa hirisan telur rebus, umpama kopi tanpa gula, manakala laksa tanpa cabai melaka (cili padi) umpama minum air suam, tanpa rasa, kosong rasa di lidah...

Tak dapat digambarkan sensasi yang terbit di lidah tatkala menghirup kuah laksa yang masih panas bersama perahan limau nipis.. emmmmmmm

Tak tertahan rasanya apabila terbayang bagaimana ketujuh2 komponen tadi bertemu di dalam mulut. Seolah-olah satu kumpulan orkestra berkolaborasi memainkan suatu alunan muzik yang indah lagi murni.

Adussss sedapnyaaaaaaaaaa

Nikmatilah laksa anda, walau di negeri mana anda berada..

Friday, April 16, 2010

final paper..




Masih teringat lagi final paper dalam final exam di final semester masa kat university dulu. Nama paper tue Specialized Accounting. Haha tajuk agak gempaq tapi hampeh. Lecturer yang mengajar tue lecturer datang dari India..

Tak ingat hari apa tapi paper tu lah paper yang terakhir sebelum aku grad.. Masa nak masuk dewan exam, hati berdebar-debar. Tengok kengkawan semue ada bermacam feel. Ada yang senyum2, ada yang dok sibuk terkumat kamit menghafal sesuatu, ada yang dok sembang2 dan seperti biasa ada yang muka masam.

Haha paper tue 3 jam. Tapi aku amik masa sejam setengah untuk buat. Maklumlah ada tips dari kawan2 si pembodek lecturer. Aku paling tak suka pembodek lecturer. Tapi masa exam, perasaan menyampah kepada pembodek bertukar menjadi sayang. Ini kerana merekah sumber aku mendapatkan tips exam atau dengan nama lain 'soalan bocor'. Ini kerana pembodek lecturerlah yang selalu berjaya memujuk lecturer untuk membocorkan soalan hahaha.

Berbalik kepada paper tadi, masa dah abis jawab, aku tengok jam. Baru sejam setengah. Ada lagi sejam setengah. Mula2 aku nak duduk juga dalam dewan tu sampai abis masa. Nak enjoy until the last moment. (Maklumlah last paper) Nak menikmati sehingga ke titisan saat yang terakhir. Nak tunggu sampai Ketua Invigilators kata " Ok students! Time is up. Stop Writing! Put down your pen. We will collect your answer sheet in a moment. At meantime, please ensure your name, ic no and other details are correct.' (Tu dia, aku sampai leh hafal skrip tue)

Tapi nampaknya aku terpaksalah melupakan hastrat murni ku itu. Aku dah tahan nak kuar dari dewan ni. Aku toleh kiri dan toleh kanan, ada kengkawan dok senyum. Mungkin dok tunggu sapa yang nak mula langkah nak kuar dulu dari dewan exam ni. Aku dah tak tahan nak tunggu lelama.

So, dengan gilang gemilang aku angkat tangan. Datang seorang lecturer perempuan ni. Dia senyum kat aku. Satu senyuman yang aku takkan lupa sampai bebila. Manis sungguh. Dia tanya 'awak dah abis ker? dah puas hati dengan jawapan awak?'. Dengan muka cuak, aku pun angguk ajer.

So keluarlah aku dari dewan. Gembira, lega, sebak, sedih dan bermacam-macam lagi perasaan bermain di minda. Lega sebab semua bala dah abes, Sedih sebab nak berpisah ngan kengkawan. Ntah kenapa aku rasa sedih sangat. Bukan senang nak jumpa lagi dengan kengkawan. Lepas ni semua bawa haluan sendiri.. Ntah bila pulak boleh jumpa...

So aku pun tunggu kat bawah. Lepas sume dah kuar dari dewan exam, kami beramai-2 amek gambar kat bawah. Meriah sungguh. Ada yang menjerit, buat bising. Maklumlah, sapa nak marah lagi....

Cuma aku terkilan, aku tak ada gambar tue. Aku tak ingat sapa punya kamera. Rasanya tuan punya kamera tu aku tak kenal. Dia sorang aja yg bawa camera waktu tu. Lagipun sapa nak terfikir untuk bawa camera pi exam. Masa tu bukan macam sekarang, handphone tak berapa canggih lagi. Kalau sekarang semua hp ada camera canggih. So tak adalah aku gambar masa tue. Rasa nyesal lak. Kalu ada gambar tue mesti lagi nostalgia ni....


So kepada yang nak final exam tue.. selamat lah yek.. jangan lupa amek gambar ramai2 masa selesai final paper nanti..

good luck and all the best....

Tuesday, April 13, 2010

Semua orang sibuk....

Dah lama tak update blog nie. Maklumlah sibuk, kurang idea dan tak tau nak tulis apa dah. Ada juga sy buat blog walking. Tapi rata-rata bloger semua sibuk.

Ada 2-3 bloger yang saya follow tengah sibuk buat PMS untuk final semester dia orang. Sy pun tak tau PMS tu apa. Mungkin sakit orang perempuan kot..

Ada juga bloger yang baru dapat kerja. So masa online terhad. Jadi sekali sekala dia update blog.

Ada juga bloger yang sibuk dengan kerja di ofis. Maklumlah dapat boss yang cerewet, jadi kerja pun bertimbunlah.

Ada satu bloger tu, buat assignment sampai kul 4-5 pagi.... kesianlah plak. Bila nak tidur? Nanti demam lah tu.

Macam-macam kesibukan yang ada pada manusia. Tapi janganlah sampai kesibukan tu merenggangkan hubungan kita dengan keluarga dan kengkawan.



Selamat Bekerja semua............

Thursday, April 1, 2010

anak menakan baru...

Bulan depan nak dapat anak menakan baru (anak sedara). So entry ni buh gambar baby...

















Wednesday, March 31, 2010

Serba salah...


Pernahkah anda mengalami situasi di mana semua tindakan anda dianggap serba tak kena. Anda cuba mengikut arahan dan memberi yang terbaik namun semua tindakan anda digunakan untuk menghentam anda kembali.

Pernahkah anda mengalami situasi di mana seolah-olah orang sengaja menunggu anda membuat kesilapan dan memperbesar-besar kesilapan anda walaupun ia hanyalah perkara kecil.

Seolah-olah pengorbanan anda selama ini tidak di ambil kira............

Dua perkara di atas mampu membuatkan Jiwa menjadi resah, Hati menjadi patah, Badan menjadi lemah..

Kalau dalam situasi peperangan "as if you are fighting a loosing battle"

Kalau dalam permainan catur seolah-olah anda di checkmate sehingga walau apa pun buah catur yang anda gerakkan masih tak mampu menyelamatkan king.

Sabarlah. Buat sajalah apa yang anda rasakan betul. Pedulikan kata-kata mereka...

Kalau ia berlaku dalam pejabat.. cari sajalah kerja lain

Kalau ia berlaku dalam perhubungan .. cari sajalah pasangan lain

Jangan risau, tuhan tahu pengorbanan anda walau orang lain tak tahu atau buat -buat tak tahu..



Wednesday, March 24, 2010

Kisah di Macdonald petang tadi.. Cerita tah apa apa


Trainee : Eh !Sorang je bang

Aku : Ye sorang jer (aip perli nampak?)

Trainee : Makan sini or take away?

Aku : Makan sini, nak yang set ada cheese burger

Trainee : Ok nak set yg besar ker, tambah RM1.20

Aku : Eh tak yang kecil ajer (amboi perli lagi nampak)

Trainee : Ok, nak tambah apa apa lagi? sundae?

Aku : Tak pelah, saya diet (hehehe pada hal kalau order cheese burger tu diet ape ke bende)

Trainee : Ni balance Terima kasih dan sila datang lagi..

Mataku lantas menoleh ke arah tempat duduk. Mencari-cari meja kosong yang strategik agar aku dapat makan sambil menikmati pandangan sekeliling yang indah.

'Ni yang leceh ni, kat restoran ni, sos kena ambil sendiri' fikir aku ketika beratur hendak mengambil sos tomato dan sos chili. Terdapat seorang amoi cina di hadapan ku yang lambat sungguh hendak mengambil sos. Entah berapa cup yang dia ambil. Aku cuma tersenyum menanti giliran.

Seketika kemudian, aku mendapati diriku sedang membelek-belek cheese burger di pinggan kotaknya. "ish siapalah yang buat iklan cheese burger ni" Nampak dalam iklan punyalah besar, tapi bila di depan mata, rasanya dua biji baru cukup.

Sedang mataku liar memandang sekeliling, tiba-tiba aku terpesona dengan gelagat sepasang suami isteri di hadapan ku. Entah kenapa, aku rasa seperti ada chemistry yang kuat antara mereka berdua. Si suami sedang sibuk menerangkan sesuatu manakala si isteri khusyuk mendengar sambil di selang seli dengan gelak tawa kedua-dua mereka. Cukup bahagia, cukup berseri, cukup rasa. Pada pandangan ku, si suami bukan bergaya sangat manakala si isteri bukanlah cantik sangat namun keserasian amatlah terserlah. Sejuk mataku memandang. Begitulah kalau ada chemistry, perkara lain sememangnya tak menjadi soal. Timbul rasa cemburu pula mengenangkan diri yang masih solo ini. hahahaha

Mungkin menyedari diri mereka diperhatikan, mereka berdua serentak memandang ke arah ku. Aku terkejut lalu berpaling dan berpura pura memandang ke arah dinding di sebelah ku, seolah olah ada sesuatu yang istimewa mengenai dinding ini. Pada hal ia hanyalah dinding biasa yang terdapat di mana mana kedai macdonalds. hahahaha aku ketawa di dalam hati mengenangkan keletah ku sendiri.

Aku berniat di dalam hati, inilah kali terakhir aku makan macdonald kerana selepas ini, aku nak mula berdiet secara serius. Adik ku sudah mula menegur fizikal aku manakala kawan kawan aku sudah mula berkias-kias. Mungkin mereka cemburu atau mungkin juga mereka betul. Lantas aku menghabiskan cheese burger di depan aku sambil berharap lepas ini aku akan berjaya menghalang diri ni dari menjejakkan kaki ke macdonald lagi.

Aduss, teringin nak makan ayam kentucky la plak. Nampaknya minggu depan lah aku start diet......