Tuesday, April 19, 2011

MLM alahai...........

Di bawah ini sy senaraikan ayat-ayat pujukan yang telah didendangkan oleh kengkawan sy dalam usaha memujuk sy untuk menyertai pelbagai skim MLM atau skim pelaburan cepat kaya (mostly semuanya penipu)

* sy tak merujuk kepada skim seperti Avon, Cosway dan lain2 yang jujur dan mengikut undang undang islam dan malaysia..





Ayat-ayatnya :


1. Ayat pertama - didendangkan oleh kawan no 1

Benda ni (skim mlm), aku cuma nak offer kat hang saja. Sebab hang kawan baik aku. aku nak tengok hang senang. hang cuma kena rajin jumpa orang ja..Close deal hang dapat commission RM 6000.

(yalah, sebelum tu hangpa kebaih dulu duit aku berpuluh ribu, baru aku layak jadi downline dan perkena orang len pulak)

2. Ayat kedua - didendangkan oleh kawan no 2

Kawan : Gaji hang berapa? (soalan yang paling aku tak suka jawab)
aku : RM 1,500

Kawan: apa? cuma banyak tu.. sikit sangat. mana cukup. harga barang dok naik. nak tak aku offer rm 10,000 sebulan. kerja ikut masa hang. Hang cuma kena rajin cari orang ja....

(bukan rajin cari orang tapi rajin perkena orang)

3.Ayat ketiga - didendangkan oleh kawan no 3

Kawan : Hang pakai keta apa?

Aku : iswara ja.

kawan: bro, kita ni hidup, takkan sampai bila bila nak pakai benda yang sama. lagipun dengan umur hang, mana standard pakai iswara. Pakai la honda Civic ka. Tengok cam aku pakai BMW

aku : mana mampu bro

Kawan : haa ni aku ada bisness baik punya.bla bla .... hang kena cari 8 lapan orang lepas tue bla bla

(suka hati aku la nak pakai iswara pun)


4.Ayat Keempat - didendangkan oleh kawan no 4 ;

Kawan : hang tak minat nak buat bisness ka? aku ada satu proposal business...

aku : jual barang apa? atau jual servis apa?

kawan : tak, ni business baik punya. Tak jual barang dan tak jual servis. kalau hang berminat nanti malam aku mai amik hang kita p jumpa upline aku.

aku : (woi mangkuk, kalu tak jual barang atau tak jual service, itu bukan bisness namanya) Tak palah malam ni aku sibuk. len kali

5.Ayat Kelima - didendangkan oleh kawan no 5

kawan : Dengar dulu, hang tak mau join pun tak pa. ni aku nak cerita kat hang. ubat ni, ramai orang dah minum, sakit kencing manis depa jadi baik. Tadi ar, ada sorang pompuan tua duk kat SP, dulu ar, dia jalan pun tak bleh. Lepas minum ubat ni, la ni dah bleh jalan dah... memang baguih ubat ni

aku : berapa harga?

kawan : dia macam ni, satu botol RM 100. tapi kalau hang beli sekotak, ada 6 botol harga dia cuma rm 450. tapi nak dapat harga rm 450 ni hang kena daftar dulu. bayar 200. lepas tu hang bleh amik harga tu. kalau hang cari lagi orang bawah hang, hang dapat lagi murah. Ada sorang mak cik tu kat Kodiang, dia dok buat benda ni, dulu pakai moto, la ni dah pakai Suzuki Swift dah..

(mmmmmm terkencinglah sapa dok beli ubat ni)

6.Ayat Keenam - didendangkan oleh kawan no 6

Kawan : hang besa dengaq tak pepatah :kalau kita bagi ikan kat orang susah, orang tu makan ikan, tapi kalau kita bagi pancing, orang tu dapat makan ikan sampai bila bila

aku : pernah.

kawan : haaa ni aku nak offer satu pancing (business mlm la) untuk hang. Sekali dapat, senang sampai anak cucu... cara dia mudah... hang kena pandai bawa masuk orang. Hang jangan risau, ni bukan MLM

aku : (bukan MLM kapla hotak hang) Tak palah. aku nak balik dulu.

7.Ayat ke tujuh - didendangkan oleh kawan no 7

Kawan : aku nak rekomen satu perlaburan kat hang. Kami melabur dalam perniagaan bela lembu kat kemboja. Pulangan 300%. Memula hang labur RM 20,000. bulan pertama hang dapat RM 600, kedua RM 800, ketiga dan seterusnya hang dapat RM 1000 sebulan. So hang tak rugi. Kalu hang tak mo, hang bleh tarik balik modal bebila masa... haa ramai dah orang dah kaya. Cikgu husein dan inspektor ali dah daftar dah semalam.

aku : mana lah nak ada duit sampai RM 20,000.

Kawan: tak pa tu kami leh uruskan, personal loan dengan bank A. kami ada org dalam. Hang cuma bawa kad pengenalan dan slip gaji. lepas tu sain borang abis cerita...

(sat lagi aku penumbuk baru betul betul abis cerita)


8.Ayat ke lapan - didendangkan oleh orang tak dikenali

Kring kring

Aku : hello

Dia : ni cik pemburu bintang ka?

aku : ya

Dia : sy dari bank A. Camni, company encik ada akaun dari bank A kan?

Aku : ya.

Dia : kami nak offer peluang investment untuk company cik. Bleh kita jumpa?

(oi, ni bukan company aku laa... aku makan gaji)

aku : ya ka. bleh kat KFC Jalan D.

(tunggulah hang sampai berjanggut)


9.Ayat ke sembilan - didendangkan oleh kawan yang baru kenal

kawan : aku dulu miskin. la ni dah senang. sikit. Nabi pun kata, 9/10 rezeki dalam bidang perniagaan. Hang tak minat. aku tengok hang pakai iswara ja. tak minat nak tukaq?

(tak abis abis bermegah pasal keta)

aku dulupun cam hang gak. ada sekali nak beli keta baru, keta persona, masa tu persona jelaa.... mana terfikir nak pakai yang lain. kalau la ni, aku pakain accord laaa. . Gaji bulan mana cukup. dengan barang naik, minyak naik, blanja anak sekolah. tak cukup.. kalau hang berminat nanti malam rabu aku freekan satu slot untuk hang. kita discuss dulu. Hang kena cepat. benda ni ada potensi. kat kedah masih baru. hang kena cepat sementara benda ni masih baru.

(ye lah.. ampa jadi penipu terbaru kat kedah ni... sebelum ni, macam mcam penipu mai dah..)

Sekian lah dari aku. aku dah nympah dengar ini semua...........





Saturday, April 2, 2011

Orang Melayu Berkumpul Di Padang Mat Sirat?


Kisah ini berlaku di dalam dewan kuliah. Masa tu aku masih student di Uniten. Prof yang mengajar ketika itu adalah seorang Prof jemputan dari Universiti berdekatan.

Aku tak ingat apa nama subjek tue, tapi ia berkaitan dengan Ketamadunan Manusia.. Prof pulak, seorang Cina tapi amat fasih berbahasa melayu...

Aku minta maaf, tapi prof mengajar memang bosan. Mengantuk sangat. Mungkin sebab subjek tu sendiri yang membosankan.

Kebanyakkan student kalau boleh tak mau datang. Kirim kat member tolong sign attendance. Yang datang pun kebanyakkannya akan tidur atau berpura-pura mendengar sambil berpura-pura menyalin nota, padahal mereka sedang buat kerja atau assignment lain. Ada juga yang skima dan kelihatan bersungguh-sungguh memberi perhatian kepada prof.

Sedang aku melayan kebosanan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kata-kata berikut dari prof :

'Orang Melayu akan berkumpul di Padang Mat Sirat'
*Padang Mat Sirat - Nama sebuah daerah di Langkawi

Aku terus temanggu. Dalam keadaan mengantuk aku cuba memahami statement berkenaan.

Apahal pulak orang melayu kena berkumpul di Padang Mat Sirat.?

Ada demonstrasi ka?

Ada rusuhan ka?

En. Mat Sirat nak jumpa ka?

Cukup besar kah Padang Mat Sirat Kalau semua orang melayu nak berkumpul di situ?

Berapa pulak tambang nak pi
Padang Mat sirat kat langkawi tue?



Aku terus tertanya-tanya.
Bukan aku seorang, tapi boleh dikatakan semua terpinga-terpinga.. Lantas seorang student di barisan hadapan pun bertanya prof,


'Prof, kenapa orang melayu nak berkumpul di Padang Mat Sirat,? Bangsa lain nak berkumpul di mana?'

Lantas Jawab Prof : ' Laaa ustaz kamu tak ajar ka? kan orang melayu (islam) kalau mati lepas tu akan berkumpul di Padang Mat Sirat


Laaaaaaaaaaaaa hahahahha bukan Padang Mat Sirat, Padang Mahsyar la Prof....

Kami satu kelas ketawa macam nak pecah perut. Hilang mengantuk hari tue



Monday, November 29, 2010

Hajat tak kesampaian..........




Kisah ni berlaku masa aku baru kerja dulu. Masa tu despatch aku ditugaskan untuk menghantar cek ke sebuah syarikat. Oleh kerana si despatch ni tak berapa pandai nak cakap melayu (despatch seorang india), so dia suruh aku telefon ke syarikat tu untuk minta alamat.


Lalu dengan berat hati aku pun telefon :


Tut tut


Aku : Hello, ni syarikat ABC (bukan Syarikat sebenar)?

Dia : Ye, Boleh sy tolong encik


Ketika ini, aku termanggu. Adus, merdu sungguh suara dia. Tak pernah ku terdengar suara semerdu ini. Jantungku berdebar2.....


Aku : sy nak suruh despatch hantar cek ni, boleh bagi alamat ?(rasa cam nak minta no hp sekali)

Dia : Boleh Encik apa salahnya, bla bla..........En jgn susah hati. Nanti kalu sesat, kol ajer sy. sy akan datang ambil.


Adussss panah asmara mula menyucuk jantung ku. merdu sungguh suaranya...


Aku: Boleh sy dapatkan nama cik? nanti senang nak bagi tau despatch (Taktik nak tau nama dia)


Dia : Boleh, Nama saya Siti (bukan nama sebenar).


Aku : Ok, Terima kasih.


Lantas aku menoleh ka arah despatch.. Tak pa anthony, ini cek saya sendiri yang hantar.he he
Terpinga-pinga despatch aku.

Aku pun bergegas ke arah skooter aku. Sambil aku menunggang terbayang2 wajah gadis berkenaan. Badannya tinggi lampai, wajahnya putih bersih, rambutnya panjang mengurai. Senyumannya....... adus menusuk sukma.............macam diana daniele


Seketika kemudian, aku pun sampai di depan opis berkenaan. sambil menaiki tangga, hati ku mula berdebar-debar. Bagaimana harus ku mulakan perkenalan denganya......


sampai di pintu, seorang perempuan menegur ku..


Aku : boleh sy jumpa cik Siti

Dia : Ye saya siti


Mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............. sihatnya diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................ tak pernah ku jumpa orang sesihat ituuuuuuuuuuuuu. Memang bebetul sihat............


Pelamin anganku musnah........


alahai, tak kesampaian hajat aku............



Wednesday, September 15, 2010

Duit Duit




Adoi boringnya... hari ni memang tak ada aktiviti langsung. Kengkawan banyak yang sibuk..

Sedang aku terlentang di atas katil, tiba-tiba aku terlihat sekeping duit RM10 terselit di celah buku di sebelah bantalku.

Tiba tiba aku menarik duit itu sambil membelek-belek. Sekali lihat, tiada apa yang menariknya mengenai duit itu..Ia hanyalah sekeping duit yang sudah lusuh..

Lantas fikiran aku melayang jauh.. Duit ini tentu telah bertukar tangan entah berapa kali sebelum ia sampai kepada aku.. dan ia bakal 'mengembara' lagi kepada beberapa tuan sebelum ia rosak atau dimusnahkan olen Bank Negara... Aku terfikir lagi, entah-entah ia bertukar tangan berjuta kali.

Seronok jadi duit. Ia sentiasa mengembara di sana sini. Memula ia berada di Bank, selepas itu masuk kocek seorang pekerja. Pekerja itu pula beli lampin anak, duit itu masuk pula ke dalam kocek pekedai. Pekedai pula singgah pasar malam, duit itu masuk pula ke kocek peniaga. Peniaga pula bagi kat anak dia, Muhamad Arbain. Arbain pula pi shoping kat uptown. Peniaga uptown simpan pula di bank. Kemudian Cik kiah keluarkan sebab nak beli kuih raya. Begitulah caranya duit berlegar legar dalam pasaran.

Aku menjadi teruja bila memikirkan Siapa agaknya penerima duit RM 10 ini sebelum aku? apakah dia seorang saintis, doktor, peguam, majistret, orang baik, orang jahat dan sebagainya... Mungkin PM pernah pegang duit yang sama. Mungkin juga duit ini pernah dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Malah mungkin juga duit ini pernah dipegang oleh Sosilawati atau Datuk yang membunuhnya.. Eiiii seram pula.....

Kalau lah setiap penerima duit RM 10 ini kena tulis nama di atas duit.. alamat panjanglah list nama bekas pemiliknya....hahahahah

Kemudian aku terfikir lagi... kalau duit menjadi bahan tukaran mengapa penyakit tidak berjangkit melalui duit. Maklumlah, seperti aku katakan tadi, duit yang sama pernah disentuh oleh ramai orang. pelik, bukan..

Oklah, aku nak p makan mee rebus kat kedai mee berdekatan rumah ku.. nampaknya duit RM10 ini bakal bertukar tangan lagi.................

Wednesday, August 25, 2010

Kata kata hikmat........

Kata hikmat pada kali ini ialah:


Hate nobody,


but,


Love everybody

Sunday, July 11, 2010

Rojak, Bang!

Aku masih ingat lagi di suatu petang nan indah di MSM KL. Masa tu aku baru aja sampai KL so tak brapa pandai sangat..

Adoi penat sungguh hari tue.. Kelas berganti kelas, aku ketika itu sedang merana kelaparan. Jam sudah pukul 4.30 tapi lecturer tue tak ada tanda-tanda nak dismiss the class lagi. Walaupun aku dah lunch dengan nasi lauk bungkus yang dibeli di van nasi bersama air soya, namun perut aku masih aja lapar..maklumlah orang kata bila belajar ni kita kuat makan, apatah lagi kelas pula ada aircond...

Akhirnya pukul 5.30 lecturer yang amat aku sayangi itu menghabiskan kelas. "Eh dah pukul 5.30, kenapa u all tak ingatkan i tadi? kesian kat u oll. Kelas patut abis kul 4.30 kan?" sampuk lecturer berkenan dengan gaya soalan yang amat menyakitkan hati..

"Emmm ikut suka hatilah u lah lecturer. Buat-buat tak sedar plak.. pada hal sepanjang kelas tadi u asyik tengok jam... macam mana u tak sedar... tak pelah. lagipun u ni baik so kami maafkan lah", itulah agaknya yang terlintas di benak fikiran kebanyakan student.

Aku pun mengorak langkah ke gerai mamak yang terhampir.. sampai di situ...

"abang mau makan apa? air ada, mee goreng ada, maggi goreng ada, rojak ada, bla bla'",tegur seorang mamak yang amat peramah..

"bagi sy rojak satu, teh ais satu",jawab aku. Sebaik saja mamak itu beredar aku mula terbayang rojak yang aku order.. ada hirisan nenas, jambu batu, buah amra, mempelam, timun dan sengkuang, semuanya digaul dengan rapi bersama kuih rojak yang hitam memekat.. Di hiasi pula dengan taburan kacang hancur di atas nyaaaa. emmmmmmm lazatnya...

10 minit kemudian mamak tu datang bersama teh ais dan rojak yang aku order.. ya allah terbeliak mata aku memandang.. Kelu lidah tak dapat berkata apa2..

Rojak angan ku musnah sama sekali..

Rupanya di KL ni (especially kedai mamak) rojak itu adalah cucur udang, taukua,timun dan sengkuang yang di makan bersama kuah kacang... aiseh men.. kat negeri aku orang panggil pasembor... Kalau kat tempat aku, bila sebut rojak, secara umumnya ia merujuk kepada rojak buah. Kalu yang makan dengan kuah kacang tu pasembor.

Nak buat macam mana? terpaksalah aku kuatkan diri aku untuk memamahi sedikit demi sedikit walau hati ini tak pernah merelakannya....

PENGAJARAN : Lain kali tanya dulu apa isi kandungannya.. bukan main belasah order ajer...
Rojak buah

Rojak/Pasembor

Thursday, July 8, 2010

aku tetap di sini !

Tadi rakan bertanya di mana aku sekarang....

Jawab ku

aku di alor star, di mana hati membunga

bukan di KL, di mana hati terluka

aku di sini, di mana hati gembira

bukan di sana, di mana hati sengsara...........

(chewahhh)