Monday, April 2, 2012

Malasnyaaaaa


Lately, keghairahan aku nak berblog dah semakin hilang..

Dulu masa memula punya lah semangat nak menulis. tapi la ni, nak buka blog pun letih..

Blog walking pun jarang nak wat....

Sebab?

Maybe sebab kewujudan facebook... Dengan facebook lagi simple dan mudah nak berkomunikasi dari blog... lagi senang nak keep track dengan rakan rakan ... lagi senang nak wat posting dengan update.. satu ayat pun dah cukup. satu gambar pun dah cukup.. tapi kalau nak wat entry panjang2 tak sesuai plak kat fb nie....

aduhaiiiiiiiiii bila nak jadi rajin nie

Sunday, February 5, 2012

Azam 2012-Basikal oh basikal

Azam tahun baru ni nak buat banyak lagi entry-2 dalam blog . Dah lama tinggal blog nie.. entah ade pembaca ke tidak.. anyway kalau tak der pun tak per. blog ni untuk kepuasan diri ja...

sekarang dah ada basikal.. maybe leh wat entry pasal basikal..

Actually my sepupu punya husband (Mr. MZ) yang introduce naik basikal nie.. kali terakhir naik, tingkatan 3 dulu.. lepas tue tak pernah dah naik basikal..kalau dikira dalam berbelas tahun jugaklah tak naik...Ni dah umur 30an baru nak try balik..

Masa memula naik balik tu rasa gayat sikit.Gear pun tak reti nak pakai.. tapi dah lama barulah rasa confident sikit.. bukannya kayuh laju pun. cuma kayuh santai-santai bertujuan nak excercise.

Berbeza dengan jogging, basikal ni adalah low impact excercise. Jadi tak lah teruk sangat rasa lepas excercise tue. kalau jogging, lepas tue mesti sakit sakit badan, sakit lututlah dan lain lain...

Bulan 12 hari tu, aku p teman Mr. MZ p masuk Jambori kayuh lasak kat penang. Aku yang tak reti kayuh pun masuk jugak... hasilnya jatuh tergolek dog.. nasib baik ok..

Ni ha gambar Mr. MZ dengan basikal kami masa kat homestay :


haaa siap bawa masuk bilik tue.. sayang giler dengan basikal. Mr MZ tengah ambil gambar kenangan



Dah siap pasang no plate. memula tu masa Mr MZ bagitau nak kena pasang no plate, aku ingat menatang apa lah no plate nie. rupanya nombor untuk pertandingan ler


Mr MZ tengah dok check tire pressure selepas penat mengepam...
ni lah gambar peserta2. adalah dalam 1500 orang. jalan dia kecik jer.. camna tak jem....

Itu jalah gambar. tak sempat nak amik banyak2 sebab kamera letak dalam beg. jadi malas nak keluarkan masa kayuh tue...Hopefully next time tak jatuh dan dapat menamatkan perlumbaan. kali ni cuma sampai check point 2 jaaa daripada 9 check point. hahah..

Wednesday, November 23, 2011

Bolasepak oh bolasepak



2 hari lepas rakyat malaysia bergembira menyaksikan pasukan harimau malaya menjinakkan sang garuda pada pertemuan akhir acara bolasepak sukan sea.

aku percaya ramai yang berdebar menyaksikan perlawanan tersebut dan berbangga setelah pasukan harimau malaya membawa pulang emas......

ketika menonton perlawanan tersebut, aku terkenang kembali bagaimana suatu ketika dulu aku pun pernah berangan-angan nak menjadi pemain bola sepak...

minat aku berputik ketika di tingkatan satu... boleh dikatakan setiap hari aku memikirkan bolasepak.. sehari tak bermain, rasanya macam sia-sia sahaja hari berkenaan...ketika itu, aku berangan kononnya nak jadi pemain negeri...aku kerap menonton perlawanan bola di tv, membeli buku cara-cara bermain bolasepak dan sering berfikir apakah skill yang nak digunakan untuk menggelecek pihak lawan..malangnya aku masuk sekolah agama.. jadi tak dapatlah aku mengembangkan minat yang ada...


berhampiran dengan rumah ku ada padang bola. Pada hari jumaat di adakan training bolasepak oleh sebuah kelab ditubuhkan oleh penduduk di situ.. aku pun tumpang sekaki menyertai kelab berkenaan dengan bayaran RM3 sebulan...namun yuran tak pernah dibayar kerana tiada sesiapun yang mengutip yuran....hahahha. Training start pukul 4.30 namum pukul 3.30 aku sudah sampai.. hahah punyalah semangat..

kasut bolaku(boot) yang pertama berharga RM65 berjenama PUMA. Aku beli di Pulau Pinang.. di alor setar memang susah nak dapatkan boot yang sesuai kerana size kaki ku jenis besar..kawan-kawan panggil kaki ku size gajah... Stoking juga berjenama sama berwarna kuning... itulah peralatan utama ku.. setiap kali lepas bermain, aku akan basuh boot itu dan mengilatkan dengan kiwi.. namun boot itu tiada lagi.. aku meminjamkan kepada seorang rakan yang tidak pernah memulangkanya balik kepada ku.........

yang lucunya ketika berjalan di mana2, aku akan mengacah2 kaki ku seperti mengelecek bola, kawan-kawan berasa pelik dengan ku.. ketika berbaring di atas katil, aku akan menendang keudara, seolah olah sedang membuat bicycle kick (sepakan gunting) hahha begitulah taksubnya dengan bola..

ketika di MRSM aku menjadi pemain bolasepak maktab.. walaupun hanya pemain simpanan, aku cukup berbangga...tapi pasukan kami tak kemana pun....hahaha


aku bukanlah pemain yang handal, namun pernah mendapat pujian rakan kerana kerajinan ku di atas padang mengejar bola.. sekiranya aku dilatih dan diberi peluang, sudah pasti aku menjadi pemain yang hebat... (Chewah!)

tapi entah mengapa, minatku bermain bolasepak makin berkubur setelah aku masuk sebuah kolej di KL. Salah satu faktornya adalah kerana kolej itu tiada padang bola...

selepas kolej aku masuk university, walaupun ada padang, namun aku tidak pula bermain bola sepak.. mungkin kerana aku sudah hilang minat disamping menyampah melihat gelagat para student yang bermain bola di padang universiti...berlagak sungguh. satu lagi sebabnya kerana aku sibuk mengangkat berat di gym. kalau bermain bola, nanti kecil lah muscle hahahhaah

.kemudian aku masuk alam pekerjaan dan berkubur terus minat ku bermain bolasepak

kini setelah menonton perlawanan akhir sukan sea, tetiba aku rasa berminat nak meyepak bola..terkenang kembali, keseronokkan bermain suatu ketika dulu.. dengan umur yang dah masuk 35 tahun bermakna hampir 15 tahun tak menyepak bola.. teringin sunggh nak main bola.. tapi mana nak cari kengkawan nak main bola... kawan-2 yang ada hanya tinggal 2-3 kerat dan semua jenis yang tak bersukan dah.....dan nak kena beli bola dan boot pula.. alahai..............tapi jangtung ku dah berdebar-debar nak main bolasepak... bagai diriku jatuh cinta semula dengan bolasepak......................................









Saturday, October 8, 2011

Sembang kosong

Sedar tak sedar, dah setahun lebih aku berblog. walaupun blog aku ini bukanlah glamor sangat, namun aku tetap berpuas hati..

Kesukaran yang aku alami ialah ketika hendak mendapat kan idea untuk menulis. ilham tak datang datang. Kadang kadang puas aku memikirkan apa yang hendak ditulis namun buntu........

Anda ada idea????????????


Saturday, August 6, 2011

Lorong ini dan aku…..



(sekadar gambar hiasan, bukan lorong sebenar)


Hari ini aku berjalan di sekitar lorong tempat ku tinggal. Ada kira-kira 20 buah rumah terdapat sini. Terasa lorong ini amat sunyi..

Aku masih teringat betapa kecohnya kami kawan-kawan bermain di waktu petang kira-kira 25 tahun yang lalu. Sambil menunggang basikal masing-masing kami pergi ke sana ke sini. Kadang kala ke rumah alai bermain tuju selipar (main sembunyi sembunyi), kadang kala ke rumah man bermain bola, kadang-kadang ke rumah iskandar bermain computer.

Begitu ramai rakan sebaya ketika itu..Ada lebih kurang 20 rakan sebaya di situ. Kami pernah juga ada pasukan bola yang berlawan dengan taman-taman yang lain….

Dengan hanya mengayuh basikal, kami pernah ke Bandar alor setar menonton wayang, lepak di pusat membeli belah dan macam-macam lagi…Seronok sungguh

Tapi itu dulu, kini hanya tinggal aku seorang di lorong ini… yang lain sudah lama berhijrah ke kuala lumpur dan tempat –tempat lain…Baru-baru ni, jiran sebaya ku yang terakhir telah berpindah ke pulau pinang. Maka tinggallah aku sorang masih setia di sini….

Memang pada hari raya kawan-kawan ku ada yang balik tapi bukan semua serentak… ada yang beraya di rumah mentua di tempat lain.. Ada yang balik, tapi kerana sibuk dengan komitment lain, tak sempat bertemu juga….

Aku pernah dengar orang tua berpesan, kawan yang sebenar adalah kawan semasa kita masih kecil.

Kenapa?

Kerana ketika itu, kita ikhlas berkawan tanpa ada apa-apa kepentingan. Kita tak pandang harta/darjat atau keturunan… kita berkawan semata-mata hendak berkawan.. tiada agenda tersembunyi…tiada niat lain di hati..

Aku akui kebenaran perkara ini, sebab itu sejak akhir-akhir ini, aku sering terkenang kembali kawan-kawan lama sepermainan ku dulu di lorong ini…….

Sembang-sembang teh tarik..


Sudah lama juga saya tak menulis dalam blog ni. Tidak serancak dulu. Most probably sy sebenarnya sudah tak ada idea lagi nak menulis.

Saya amat kagum dengan blogers yang update blog almost everyday. Ada saja yang hendak dikongsikan. Kebanyakkan menulis mengenai aktiviti harian, upload gambar diri dan family dan lain-lain lagi...

Saya berpendapat, setiap blogger mesti maintain some privacy. Janganlah terlalu mendedahkan butir-butir diri seperti nama penuh, no ic, no telefon, alamat umah dan lain-lain...

Kita kena beringat, kalau maklumat ini jatuh ke tangan pihak tak bertanggung jawab, susah kita nanti.. kita bukannya dapat mengawal siapa yang hendak mengunjungi blog kita.. boleh jadi orang baik.. boleh jadi juga orang yang hendak mengambil kesempatan ke atas kita...Dan sekiranya mereka mempunyai maklumat peribadi kita, mudahlah mereka merancang untuk mengenakan kita..

So berhati-hatilah dalam berblog. ..............



Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa.........


Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam terutama kepada pengunjung blog ini..(chewah, macam ada pengunjunglah pula)