Wednesday, June 1, 2011

Dedikasi untuk seorang rakan bernama Anthony



Semalam aku melangkah masuk ke dalam ofis lama tempat aku berkerja... tiba-tiba aku teringat satu kenangan yang sudah lama aku lupai.

Ketika itu aku baru kali pertama menjejakkan kaki ke ofis ini. Aku yang pertama datang. aku duduk di bawah sambil membaca surat khabar yang sudah tersedia di meja kaunter..

' hai, kenapa baca tak buka lampu... saya tony' - itulah kata-kata pertama anthony yang masih terngiang-ngiang di benak fikiran ku sampai ke hari ni.

Ketika itu, umur beliau sudah pun mengjangkau 60 an. Lebih layak aku panggil pak cik. Sudah 35 tahun beliau berkhidmat sebagai ofis boy di syarikat ini. Malamnya beliau tidur di ofis kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Bos tak kisah.. sekurangnya boleh jugak dia tengokkan ofis.

Sebelah siang, beliau bertugas menghantar surat, pergi ke bank dan lain-lain kerja. Malah, apa saja yang disuruh, beliau buat. Ini termasuklah membeli makanan atau barangan untuk staff. Sekali sekala beliau jadi pemandu boss.

Hidupnya sederhana. Pakaiannya hanyalah baju dan seluar lusuh. Beliau lebih gemar memakai selipar buruk. Rumahnya adalah ofis itu sendiri. Beliau tidur dimana2 yang beliau suka berbekalkan bantai dan selimut yang kelihatan amat lusuh, dan sekali sekala kelihatan beliau memasak di pantry pada waktu malam...

Beliau rajin membaca bible. Selalu juga bertanya aku tentang islam.


Anthony cukup sayangkan ibunya. Setiap ada kelapangan, dia akan balik melawat ibunya sambil membeli barang keperluan. Di samping itu, dia juga membantu adik beradik yang lain.


Duit gajinya habis digunakan untuk membantu ibu dan adik beradik. Walaupun sudah lama bekerja, gaji anthony manalah cukup nak tanggung semua keperluan itu .


Sebab itulah beliau tiada sebarang harta dan tidak pernah pula berkahwin. Kadang kala, aku merasa adik beradik dan anak saudara suka mengambil kesempatan ke atasnya...Tidak ada sedikitpun barangnya yang boleh dikatakan berharga.. tiada jam, tiada kasut, tiada baju baru, tiada kereta, tiada motor, bah kan tiada apa pun. Bagi anthony, itu semua tak penting. Biarlah tiada apa asal dapat menanggung keperluan keluarganya


Anthony berhati amat mulia. Setiap hari beliau menaburkan makanan burung (beras hancur) di halaman pejabat untuk dimakan burung. kalau membelikan makanan untuk staff, beliau tak pernah berkira. Bahkan, kadang kadang beliau bersusah payah membeli barang yang dipesan staff sehinggakan aku kasihan padanya. Tapi tak pernah dia mengungkit.

Beliau amat suka menolong orang. aku juga tak terkecuali mendapatkan bantuannya bila perlu.

Anthony gemar mengkaji saham. bila ada masa lapang selepas kerja, kelihatan dia sibuk membuat graf saham. Tak tahulah mana dia belajar semua itu. Ada juga majalah saham yang dia kutip bila orang sudah hendak buang. Selalu juga dia buat rujukan di akhbar. Kata anthony, nanti sudah bersara, saham ini lah yang diharapkan menjadi pendapatan utama.. pernah juga dia keluarkan epf,tapi saham yang dibelinya rugi kerana harga turun dan tidak naik lagi.. kesian anthony....

Satu hari ketika baru sampai di KL. aku menerima panggilan dari ofis yang mengatakan bahawa anthony sudah tiada.. dia ditemui mati di hadapan pintu pejabat.... aku terkejut... memang 2-3 hari lalu dia mengadu sakit perut.. tapi aku tak jangka ia serius... doktor kata akibat dari tabiatnya yang suka minum arak jenis murah. Hidupnya bersendirian dan matinya juga bersendirian.. tiada siapa yang berada di sisi.

Tiada apa yang ditinggalkan. Keluarganya datang mengambil pakaian buruk dan beberapa lagi benda buruk yang dia ada di ofis.

Apa yang menyedihkan aku, makanan burung (beras hancur) masih ada lagi sepeket. Maka aku pun menaburkan makanan burung itu setiap pagi sehingga habis.

Semasa hidup anthony rajin membaca bible. Malah kadangkala aku melihatnya berdoa secara bersujud. Jarang aku lihat orang kristian buat begitu...

Aku berasa amat sedih kerana antony banyak bertanya pada ku tentang islam. malah aku menjangkakan dia pasti masuk islam suatu hari nanti. Tapi apakan daya, dia terlebih dahulu dijemput ke alam sana.

Sehingga kini, kebaikan anthony masih dalam ingatan....







Wednesday, May 18, 2011

Kopak bulan nie

Hari ni bos aku tak masuk office. Sebagai pekerja yang terbaik syarikat ku, aku bebas kuar masuk office. Bak kata orang, kerja kat luar office. hhehheeh tapi kata pepatah melayu, mengular bila bos tak ada.. hehehehhe

So hari ni aku p la tesco.

sebab apa p tesco?

sebab aku nak p timbang berat badan aku.

kenapa? haa nantilah aku nak jawap, tak sabor pulak korang yerr..

sebab 2 minggu sudah aku timbang berat badan kat mesin penimbang kat tesco, alah, yang kena buh duit dua posen tue. So kali ni aku nak p timbang kat mesin yang sama kot kot berat badan ni turun... hihih kalau mesin lain, takut timbangannya tak sama ye tak? hehehe

Ketika aku berdiri kat atas penimbang tue, tetiba hpon aku bunyi.

kring kring.. lebih kurang camtu lah bunyinyer..

Boss: hello SPB, u kat mana?

Alamak, bos la pulak... dia ada kat tesco ni jugak ker? alamak kantoi plak aku. Dalam kecelaruan dan kecuakan, aku cuba mencari alasan. Dengan nada macho dan bersahaja aku menjawab,

Aku : i kat tesco bos, nak beli stationery. u kat mana? (heheheh mintak2 lah dia percaya)

Boss: i baru sampai ofis. meeting dengan JKR cancel hari ni. err leh tolong i amik printer set yang i order hari tue.? lepas tu tolong beli stationery sikit kat i. macam yang kita discuss semalam

Aku: (selamat kali ni) ok bos no prob.

Boss: ok thanx...

Dengan macho aku pun pergi kat kdai komputer yang bos order komputer tue.. sampai kat situ,

Aku : tokey, bos sy punya komputer sudah siap ke blum?

Tokey : sudah sudah.. tu dia .. semua sekali lapan ratus.....

Aku : (haaaaaaa lapan ratus?) alamak belum bayar lagi ker?

Tokey: blum...

Dengan berat hati aku pun membayar menggunakan duit aku sendiri. Bengkeknya diri ini.

lepas tu aku p pulak beli stationery untuk mencover keadaan. ada lah seratus dua lagi aku spent. kopak aku bulan nie; walaupun bleh claim, tapi bukan sepantas kilat, kenalah tunggu sebulan lebey lagi.....

Menyesal aku mengular hari ni..

Monday, April 25, 2011

Berat badan ku berat



Tadi timbang tengok-tengok berat badan dah jadi 98kg... peh ... dulu masa mula kerja 75 kg jer... lani dah 98 mmmmmmmmm.......tapi memandangkan aku agak tinggi, bila aku sebut 98kg orang tak percaya.. cakap aku tipulah apalah. hello, cuba korang tengok mesin penimbang masa aku timbang, baru korang terbeliak.

Inilah dinamakan urat dawai tulang besi kuikuikuikui........

camna ya?!!!!!!! nak diet ke tidak.......? hmmmmm camnilah, ingat nak tambah berat lagi 2 kg, lepas tu baru diet.... amacam? ok tak? hihihi

Tuesday, April 19, 2011

MLM alahai...........

Di bawah ini sy senaraikan ayat-ayat pujukan yang telah didendangkan oleh kengkawan sy dalam usaha memujuk sy untuk menyertai pelbagai skim MLM atau skim pelaburan cepat kaya (mostly semuanya penipu)

* sy tak merujuk kepada skim seperti Avon, Cosway dan lain2 yang jujur dan mengikut undang undang islam dan malaysia..





Ayat-ayatnya :


1. Ayat pertama - didendangkan oleh kawan no 1

Benda ni (skim mlm), aku cuma nak offer kat hang saja. Sebab hang kawan baik aku. aku nak tengok hang senang. hang cuma kena rajin jumpa orang ja..Close deal hang dapat commission RM 6000.

(yalah, sebelum tu hangpa kebaih dulu duit aku berpuluh ribu, baru aku layak jadi downline dan perkena orang len pulak)

2. Ayat kedua - didendangkan oleh kawan no 2

Kawan : Gaji hang berapa? (soalan yang paling aku tak suka jawab)
aku : RM 1,500

Kawan: apa? cuma banyak tu.. sikit sangat. mana cukup. harga barang dok naik. nak tak aku offer rm 10,000 sebulan. kerja ikut masa hang. Hang cuma kena rajin cari orang ja....

(bukan rajin cari orang tapi rajin perkena orang)

3.Ayat ketiga - didendangkan oleh kawan no 3

Kawan : Hang pakai keta apa?

Aku : iswara ja.

kawan: bro, kita ni hidup, takkan sampai bila bila nak pakai benda yang sama. lagipun dengan umur hang, mana standard pakai iswara. Pakai la honda Civic ka. Tengok cam aku pakai BMW

aku : mana mampu bro

Kawan : haa ni aku ada bisness baik punya.bla bla .... hang kena cari 8 lapan orang lepas tue bla bla

(suka hati aku la nak pakai iswara pun)


4.Ayat Keempat - didendangkan oleh kawan no 4 ;

Kawan : hang tak minat nak buat bisness ka? aku ada satu proposal business...

aku : jual barang apa? atau jual servis apa?

kawan : tak, ni business baik punya. Tak jual barang dan tak jual servis. kalau hang berminat nanti malam aku mai amik hang kita p jumpa upline aku.

aku : (woi mangkuk, kalu tak jual barang atau tak jual service, itu bukan bisness namanya) Tak palah malam ni aku sibuk. len kali

5.Ayat Kelima - didendangkan oleh kawan no 5

kawan : Dengar dulu, hang tak mau join pun tak pa. ni aku nak cerita kat hang. ubat ni, ramai orang dah minum, sakit kencing manis depa jadi baik. Tadi ar, ada sorang pompuan tua duk kat SP, dulu ar, dia jalan pun tak bleh. Lepas minum ubat ni, la ni dah bleh jalan dah... memang baguih ubat ni

aku : berapa harga?

kawan : dia macam ni, satu botol RM 100. tapi kalau hang beli sekotak, ada 6 botol harga dia cuma rm 450. tapi nak dapat harga rm 450 ni hang kena daftar dulu. bayar 200. lepas tu hang bleh amik harga tu. kalau hang cari lagi orang bawah hang, hang dapat lagi murah. Ada sorang mak cik tu kat Kodiang, dia dok buat benda ni, dulu pakai moto, la ni dah pakai Suzuki Swift dah..

(mmmmmm terkencinglah sapa dok beli ubat ni)

6.Ayat Keenam - didendangkan oleh kawan no 6

Kawan : hang besa dengaq tak pepatah :kalau kita bagi ikan kat orang susah, orang tu makan ikan, tapi kalau kita bagi pancing, orang tu dapat makan ikan sampai bila bila

aku : pernah.

kawan : haaa ni aku nak offer satu pancing (business mlm la) untuk hang. Sekali dapat, senang sampai anak cucu... cara dia mudah... hang kena pandai bawa masuk orang. Hang jangan risau, ni bukan MLM

aku : (bukan MLM kapla hotak hang) Tak palah. aku nak balik dulu.

7.Ayat ke tujuh - didendangkan oleh kawan no 7

Kawan : aku nak rekomen satu perlaburan kat hang. Kami melabur dalam perniagaan bela lembu kat kemboja. Pulangan 300%. Memula hang labur RM 20,000. bulan pertama hang dapat RM 600, kedua RM 800, ketiga dan seterusnya hang dapat RM 1000 sebulan. So hang tak rugi. Kalu hang tak mo, hang bleh tarik balik modal bebila masa... haa ramai dah orang dah kaya. Cikgu husein dan inspektor ali dah daftar dah semalam.

aku : mana lah nak ada duit sampai RM 20,000.

Kawan: tak pa tu kami leh uruskan, personal loan dengan bank A. kami ada org dalam. Hang cuma bawa kad pengenalan dan slip gaji. lepas tu sain borang abis cerita...

(sat lagi aku penumbuk baru betul betul abis cerita)


8.Ayat ke lapan - didendangkan oleh orang tak dikenali

Kring kring

Aku : hello

Dia : ni cik pemburu bintang ka?

aku : ya

Dia : sy dari bank A. Camni, company encik ada akaun dari bank A kan?

Aku : ya.

Dia : kami nak offer peluang investment untuk company cik. Bleh kita jumpa?

(oi, ni bukan company aku laa... aku makan gaji)

aku : ya ka. bleh kat KFC Jalan D.

(tunggulah hang sampai berjanggut)


9.Ayat ke sembilan - didendangkan oleh kawan yang baru kenal

kawan : aku dulu miskin. la ni dah senang. sikit. Nabi pun kata, 9/10 rezeki dalam bidang perniagaan. Hang tak minat. aku tengok hang pakai iswara ja. tak minat nak tukaq?

(tak abis abis bermegah pasal keta)

aku dulupun cam hang gak. ada sekali nak beli keta baru, keta persona, masa tu persona jelaa.... mana terfikir nak pakai yang lain. kalau la ni, aku pakain accord laaa. . Gaji bulan mana cukup. dengan barang naik, minyak naik, blanja anak sekolah. tak cukup.. kalau hang berminat nanti malam rabu aku freekan satu slot untuk hang. kita discuss dulu. Hang kena cepat. benda ni ada potensi. kat kedah masih baru. hang kena cepat sementara benda ni masih baru.

(ye lah.. ampa jadi penipu terbaru kat kedah ni... sebelum ni, macam mcam penipu mai dah..)

Sekian lah dari aku. aku dah nympah dengar ini semua...........





Saturday, April 2, 2011

Orang Melayu Berkumpul Di Padang Mat Sirat?


Kisah ini berlaku di dalam dewan kuliah. Masa tu aku masih student di Uniten. Prof yang mengajar ketika itu adalah seorang Prof jemputan dari Universiti berdekatan.

Aku tak ingat apa nama subjek tue, tapi ia berkaitan dengan Ketamadunan Manusia.. Prof pulak, seorang Cina tapi amat fasih berbahasa melayu...

Aku minta maaf, tapi prof mengajar memang bosan. Mengantuk sangat. Mungkin sebab subjek tu sendiri yang membosankan.

Kebanyakkan student kalau boleh tak mau datang. Kirim kat member tolong sign attendance. Yang datang pun kebanyakkannya akan tidur atau berpura-pura mendengar sambil berpura-pura menyalin nota, padahal mereka sedang buat kerja atau assignment lain. Ada juga yang skima dan kelihatan bersungguh-sungguh memberi perhatian kepada prof.

Sedang aku melayan kebosanan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kata-kata berikut dari prof :

'Orang Melayu akan berkumpul di Padang Mat Sirat'
*Padang Mat Sirat - Nama sebuah daerah di Langkawi

Aku terus temanggu. Dalam keadaan mengantuk aku cuba memahami statement berkenaan.

Apahal pulak orang melayu kena berkumpul di Padang Mat Sirat.?

Ada demonstrasi ka?

Ada rusuhan ka?

En. Mat Sirat nak jumpa ka?

Cukup besar kah Padang Mat Sirat Kalau semua orang melayu nak berkumpul di situ?

Berapa pulak tambang nak pi
Padang Mat sirat kat langkawi tue?



Aku terus tertanya-tanya.
Bukan aku seorang, tapi boleh dikatakan semua terpinga-terpinga.. Lantas seorang student di barisan hadapan pun bertanya prof,


'Prof, kenapa orang melayu nak berkumpul di Padang Mat Sirat,? Bangsa lain nak berkumpul di mana?'

Lantas Jawab Prof : ' Laaa ustaz kamu tak ajar ka? kan orang melayu (islam) kalau mati lepas tu akan berkumpul di Padang Mat Sirat


Laaaaaaaaaaaaa hahahahha bukan Padang Mat Sirat, Padang Mahsyar la Prof....

Kami satu kelas ketawa macam nak pecah perut. Hilang mengantuk hari tue



Monday, November 29, 2010

Hajat tak kesampaian..........




Kisah ni berlaku masa aku baru kerja dulu. Masa tu despatch aku ditugaskan untuk menghantar cek ke sebuah syarikat. Oleh kerana si despatch ni tak berapa pandai nak cakap melayu (despatch seorang india), so dia suruh aku telefon ke syarikat tu untuk minta alamat.


Lalu dengan berat hati aku pun telefon :


Tut tut


Aku : Hello, ni syarikat ABC (bukan Syarikat sebenar)?

Dia : Ye, Boleh sy tolong encik


Ketika ini, aku termanggu. Adus, merdu sungguh suara dia. Tak pernah ku terdengar suara semerdu ini. Jantungku berdebar2.....


Aku : sy nak suruh despatch hantar cek ni, boleh bagi alamat ?(rasa cam nak minta no hp sekali)

Dia : Boleh Encik apa salahnya, bla bla..........En jgn susah hati. Nanti kalu sesat, kol ajer sy. sy akan datang ambil.


Adussss panah asmara mula menyucuk jantung ku. merdu sungguh suaranya...


Aku: Boleh sy dapatkan nama cik? nanti senang nak bagi tau despatch (Taktik nak tau nama dia)


Dia : Boleh, Nama saya Siti (bukan nama sebenar).


Aku : Ok, Terima kasih.


Lantas aku menoleh ka arah despatch.. Tak pa anthony, ini cek saya sendiri yang hantar.he he
Terpinga-pinga despatch aku.

Aku pun bergegas ke arah skooter aku. Sambil aku menunggang terbayang2 wajah gadis berkenaan. Badannya tinggi lampai, wajahnya putih bersih, rambutnya panjang mengurai. Senyumannya....... adus menusuk sukma.............macam diana daniele


Seketika kemudian, aku pun sampai di depan opis berkenaan. sambil menaiki tangga, hati ku mula berdebar-debar. Bagaimana harus ku mulakan perkenalan denganya......


sampai di pintu, seorang perempuan menegur ku..


Aku : boleh sy jumpa cik Siti

Dia : Ye saya siti


Mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............. sihatnya diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................ tak pernah ku jumpa orang sesihat ituuuuuuuuuuuuu. Memang bebetul sihat............


Pelamin anganku musnah........


alahai, tak kesampaian hajat aku............



Wednesday, September 15, 2010

Duit Duit




Adoi boringnya... hari ni memang tak ada aktiviti langsung. Kengkawan banyak yang sibuk..

Sedang aku terlentang di atas katil, tiba-tiba aku terlihat sekeping duit RM10 terselit di celah buku di sebelah bantalku.

Tiba tiba aku menarik duit itu sambil membelek-belek. Sekali lihat, tiada apa yang menariknya mengenai duit itu..Ia hanyalah sekeping duit yang sudah lusuh..

Lantas fikiran aku melayang jauh.. Duit ini tentu telah bertukar tangan entah berapa kali sebelum ia sampai kepada aku.. dan ia bakal 'mengembara' lagi kepada beberapa tuan sebelum ia rosak atau dimusnahkan olen Bank Negara... Aku terfikir lagi, entah-entah ia bertukar tangan berjuta kali.

Seronok jadi duit. Ia sentiasa mengembara di sana sini. Memula ia berada di Bank, selepas itu masuk kocek seorang pekerja. Pekerja itu pula beli lampin anak, duit itu masuk pula ke dalam kocek pekedai. Pekedai pula singgah pasar malam, duit itu masuk pula ke kocek peniaga. Peniaga pula bagi kat anak dia, Muhamad Arbain. Arbain pula pi shoping kat uptown. Peniaga uptown simpan pula di bank. Kemudian Cik kiah keluarkan sebab nak beli kuih raya. Begitulah caranya duit berlegar legar dalam pasaran.

Aku menjadi teruja bila memikirkan Siapa agaknya penerima duit RM 10 ini sebelum aku? apakah dia seorang saintis, doktor, peguam, majistret, orang baik, orang jahat dan sebagainya... Mungkin PM pernah pegang duit yang sama. Mungkin juga duit ini pernah dimiliki oleh Siti Nurhaliza. Malah mungkin juga duit ini pernah dipegang oleh Sosilawati atau Datuk yang membunuhnya.. Eiiii seram pula.....

Kalau lah setiap penerima duit RM 10 ini kena tulis nama di atas duit.. alamat panjanglah list nama bekas pemiliknya....hahahahah

Kemudian aku terfikir lagi... kalau duit menjadi bahan tukaran mengapa penyakit tidak berjangkit melalui duit. Maklumlah, seperti aku katakan tadi, duit yang sama pernah disentuh oleh ramai orang. pelik, bukan..

Oklah, aku nak p makan mee rebus kat kedai mee berdekatan rumah ku.. nampaknya duit RM10 ini bakal bertukar tangan lagi.................