Friday, February 12, 2010

Hakim dan Pencuri


  1. Satu ketika, aku dan sahabatku Sipenjejak Harta (SPH) hadir di sebuah mahkamah majistret di utara tanah air bagi menghadiri sebutan kes di mana SPH telah menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) bagi satu kes pergaduhan.
  2. Sebaik masuk ke dewan penghakiman, kami berdua duduk dibelakang sambil menunggu giliran untuk kes SPH dibaca.
  3. Ketika itu terdapat ramai orang dan hakim sedang mengadili kes satu persatu.
  4. Selang beberapa ketika, hakim pun mula membaca pendakwaan terhadap seorang OKT yang kelihatan sedang bergari dengan beberapa pesalah lain di kandang tertuduh.
  5. 'Bahawa kamu OKT didakwa mencuri seutas rantai bernilai RM 5,000'
  6. Secara spontan, OKT tersebut menyampuk, ' Eh tuan hakim, rantai tu saya jual cuma RM 80 dan bukan RM 5,000'. Selepas itu dia kelihatan menyesal membuat kenyataan tersebut kerana sudah pasti tembelangnya sudah pecah.
  7. Si hakim kelihatan terpinga-pinga dan orang di dalam dewan termasuk pendakwaraya, polis dan orang awam mula tertawa..
  8. Lantas si hakim menerangkan kepada OKT bahawa tak kisahlah berapa nilai harga yang dijual sebaliknya harga pasaran barangan yang diambil kira.

No comments:

Post a Comment