Tuesday, March 9, 2010

Semuanya sudah selesai..

Semalam ku kenang semula kisah aku dan dia

ku ingat kembali saat ketika semuanya bermula

Sehingga ke saat semuanya berakhir

Ku tapis dan saring semua kenangan

Ku ambil dan simpan yang mana menjadi pengajaran

Ku buang semua yang menjadi bisa kekecewaan

Bukankah aku sendiri pernah berjanji dengan tuhan

untuk meredhai segala ketentuan

Kini tibalah masanya untuk janjiku dilaksanakan

Walaupun aku sebenarnya dalam serba kepayahan

Bukankah tuhan sendiri berjanji dalam setiap kesulitan pasti ada kesenangan

Dan kepada kawan dan kenalan

Terima kasih ku ucapkan kepada kalian

Kerana sudi mendengar keluhan dan memberi pandangan

untuk ku jadikan pedoman dan panduan

Akhirnya kepada tuhan, sekali lagi doa aku sandarkan

Moga selepas ini akan ada lagi bintang yang bersinar

Buat menemaniku di sepanjang jalan.......


Im walking away from troubles in my life
Im walking away to find a better day

Pergi

Izinkan ku menggunakan saat ni , buat menerangkan apa yang terbuku dihati

Kerana sehingga kini, belum ada yang sudi mendengari

Akan keluhan diri ini

Tiada yang menyayat hati , selain dari mengetahui

Bahawa seseorang yang pernah bertahta di hati

Kini akan pergi menjadi permaisuri , kepada seseorang yang bergelar suami

Sungguh sesak rasanya jiwa, bila ditinggalkan begini

Mengapa perasaan sedih menyelubungi diri?, sedangkan aku dan dia sudah lama membawa haluan sendiri

Mungkin ada sisa sayang, Mungkin ada sisa harapan

Yang masih terbuku di dalam hati

Yang membuat aku terkilan, aku masih dianggap musuh hingga ke saat ini

Memang aku lah punca perselisihan terakhir

Tapi sampai beginikah balasan yang diberi?

Tak dikirakah pengorbanan aku selama ini?

Tak dipedulikah perasaan aku selama ini?

Tak dihiraukah kesetiaan aku selama ini?

Tapi apakan daya, semuanya benar benar sudah berakhir

Mungkin ini ujian tuhan, untuk menguji keimanan

Terhadap hambanya yang sering melakukan kesalahan

Kini aku tetap disini

Sambil mendongak wajah ke langit

Mengharap bintang-bintang kan bersinar

Buat menemaniku di sepanjang malam yang suram ini


Friday, March 5, 2010

KL, ku mahu pulang


Kakiku melangkah longlai menuju ke stesyen LRT. Ramai orang tak terkira. Masing-masing punya urusan tersendiri.

Ada ibu membawa anak, ada remaja berpegangan tangan, ada pelancong membelek peta, ada pekerja bercakap telefon, ada pemuda dan pemudi membaca novel dan majalah sambil mendengar lagu mp3, dan ada seribu satu macam feel manusia lagi. Ada juga yang mempersona tak kurang juga yang menyesakkan jiwa..........

Walaupun aku dikelilingi ramai, namun jiwa ku tetap kosong. sekosong air putih yang keluar dari penapis air bio aura. Cukup kosong, tanpa bau dan rasa, tanpa keledak dan warna. Itulah yang sering ku rasa ketika berada di kota ini. Cukup sunyi...

Entah kenapa, kotaraya yang indah ini bukan pilihanku. Aku seolah berada di tempat asing.
Terlalu sibuk kota ini, terlalu ramai di kota ini. Semuanya sesak, semuanya tak boleh diharap dan dipercaya ... arrghhhhhhh!.

Penduduknya amat mementingkan diri sendiri. Jiran tak pernah kenal. Keluar pagi sebelum matahari terbit, balik selepas matahari terbenam..

Kelakuan penduduknya amat menyeramkan. Ada penagih dadah, ada budak punk, ada bohsia, mat rempit, ada org africa yang suka memperdaya, ada perempuan dari china yang menggoda, dan ada saja yang suka mengambil kesempatan dimana-mana ...

Semakin lama aku disini, semakin aku turut teradun dalam acuan kotaraya ini.

Tapi apa kan daya, kadang-kadang urusan hidup membawa juga aku ke kota ini. Kalau boleh ku mahu pulang. Biar dikata kolot, biar dikata rugi....

Wednesday, March 3, 2010

Kaunselor tak bertauliah...


Beberapa minggu sudah, dua orang kawan saya mengadu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-dua telah berkahwin dengan pasangan masing-masing yang dikenali sejak dari bangku sekolah lagi..

Kawan lelaki - Isteri aku seorang yang tak tahu menghargai pengorbanan aku. Yang dia tahu nak minta duit saja. Bukan dia nak ambil berat tentang aku. Makan pun aku kena cari sendiri.Dia tak pernah tanya aku letih ke tak, dia tak pernah peduli aku ada duit ke tak, yang dia tahu aku kena settle sume bill sorang diri. Abis tu apa guna dia bekerja kalau tak membantu. lebih baik dia duduk dirumah jaga anak. Duit gaji aku abis dia minta, duit gaji dia abis guna untuk shoping dan masuk program mlm yang tak berfaedah sampaikan duit habis beribu, untung tak ada. Bila tegur, dia cakap aku dengkilah, tak mo bagi semangatlah.Kalu camni tak mustahil aku cari lain kalau aku ada duit nanti..

Kawan perempuan - Suami aku asyik buat dek ajer bila balik kerja. Dahlah balik lewat sampai kul 1-2 pagi terus masuk tidur aja. Bukan nak tolong aku buat kerja rumah. Aku pun kerja juga bukan dia sorang aja kerja. Aku pun penat di ofis. Bila balik rumah, kena jaga 2 orang anak kecil, bagi makan anak, tukar lampin, masak, mengemas, basuh baju, jemur baju, serika baju dan lain-lain lagi. Semua aku kena buat sendiri. Suami aku buat dek aje. Aku dah fed up laa. Aku penat. Aku tengah consider nak berpisah ni..


Adoi, kedua-dua kawan mengadu kat saya yang belum kawen lagi ni. Ni yang buat tak semangat ni.

emm alahai dulu masa sekolah bercinta bagai nak rak.. sekarang leh camtu lak.. terpadamkah api chentaa? Ke manakah destinasi chenta kamo? (Chewah, tiru ayat blogger Siriben merah)

So saya nasihatkan kat dua-dua supaya bersabarlah. Perhaps berbincang dengan pasangan masing masing dan jumpa kaunselor.Rujuk kepada mereka yang arif. Mungkin kaunselor dapat membantu menjernihkan keadaan.

Kepada pasangan masing-masing ,

  • Mungkin satu senyuman yang ikhlas mampu menceriakan keadaan

  • Mungkin sebaris ucapan penghargaan mampu menghilangkan penat di dada

  • Mungkin sebuah pertolongan mampu mengeratkan hubungan....

Teringat chorus lagu Faizal Tahir : Aku chenta padamu, aku benci padamu.....

Saturday, February 27, 2010

Budak sekolah...

Entah kenapa aku suka tengok budak sekolah. Especially bila time balik sekolah. Muka berseri-seri walaupun penat..

Masih panjang perjalanan hidup mereka. Hari ni boleh berangan jadi doktor, esok boleh berangan jadi pemain bola sepak, lusa plak boleh jadi penyanyi...

Masih terbuka pilihan mereka. Hari ni boleh berangan masuk UUM, esok berangan sambung blaja di USA, lusa boleh berangan pergi UK...

Masih banyak masa mereka. Hari ni boleh main bola di sekolah, esok boleh main galah panjang di rumah, lusa boleh main bowling di pusat membeli belah...

Masih ramai kawan mereka. Hari ni boleh keluar ngan kawan sekelas, esok boleh keluar ngan kawan setaman/sekampung, lusa boleh keluar ngan kawan setuisyen.

Tak fikir pasal ansuran rumah, tak yah kalut p bayar keta, tak kena blacklist pasal kredit card,

Aduhai, seronoknya jadi budak sekolah......


Wahai adik-adik, buat lah pilihan sebaik mungkin pada hari ni, kerana akan tiba suatu hari nanti adik2 tidak akan mempunyai banyak pilihan selain dari meneruskan apa yang telah dipilih... fikir fikir kan lah....

Friday, February 26, 2010

KLCC


Rabu 24/2/2010

Tiba-tiba pandanganku menyelinap jauh ke tingkap2 bangunan KLCC. Ntah apa yang dibuat oleh penghuni di sana...

Tak sangka pula diruang tamu sebuah jabatan di sebuah bank di tingkat 21 ini mempunyai tingkap yang amat besar menghala terus ke arah KLCC. Nampak seluruh KLCC dan bangunan disekeliling.

'Encik duduk dulu ya. sebentar lagi interviewer sampai. Dia sangkut dalam traffic agaknya tu.' sapa seorang wanita yang duduk di dalam bilik berdindingkan kaca di sebelah aku.

Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 2.35, dah setengah jam kat sini. Mmmm.. apa nak buat tunggu sajalah. Lagipun sofa yang disediakan untuk tetamu amat selesa. Mataku terus terpaku ke luar tingkap itu.

Kagum melihat KLCC. Masa mula-mula dulu, ramai mempertikaikan pembinaannya, tapi kini diharapkan ia kekal menjadi mercu tanda zaman berzaman lama selepas perginya pengasas KLCC iaitu DR M. Aku fikir pandangan KLCC di waktu malam lebih cantik dari waktu siang kerana lampu-lampu yang menghiasi.

Tiba-tiba aku teringat... Di situlah aku pertama kali berjumpa dengan seseorang. Sebelum itu kami hanya berhubung melalui telefon. Setelah hampir setahun, barulah aku berkesempatan ke KL untuk berjumpa. Susah digambarkan perasaan. Speechless, soundless dan happiness. hahaha

Tapi lama kelamaan, things got complicated dan hubungan berakhir selepas lima tahun berkawan. Perhaps jarak yang jauh telah menyumbang kepada perkara ini. Ingatkan KLCC akan menjadi tugu kasih aku, tapi malangnya ia menjadi nesan. hahahha pandai lak aku bermadah.....(adik2 aku mesti ketawa berdekah2 bila baca blog ini)

Aku tersenyum sendirian mengenangkan pertemuan di KLCC itu. 'Dik ! Dik!' Wanita tadi mengejutkan aku dari lamunan. 'Interviewer dah bersedia untuk menemuduga adik kat bilik depan tu'.

Aku mula membetulkan tali leher dan lantas bangun menuju ke bilik temuduga. Terasa kelakar pula sebab sejak mencapai umur 30-an ini, jarang orang panggil aku adik. Selalunya Encik, Cik, Bang, Bang Cik dan kadang-kadang Pak cik.

Sebaik tiba di muka pintu, kelihatan dua pengawai tersenyum ke arah ku. Jantung mula berdegup kencang......

Apa pula nasibku di sini...............

Wednesday, February 24, 2010

Akhirnya ku kembali keseorangan


Dahulu ada banyak kawan
Toleh kiri ada kawan
Toleh kanan ada kawan
Depan dan belakang sumenye kawan

Dahulu nak makan, order ngan kengkawan
Nak tengok wayang, kena p ngan kengkawan
Nak beli top up, minta pinjam motor kengkawan
Nak sewa rumah, kena invite kengkawan

Bila p kelas, mesti duduk ngan kengkawan
Bila cikgu suh buat group, buat group ngan kengkawan
Dalam library, mesti study ngan kengkawan
Bila exam, wajib dok sebelah kengkawan

Nak balik kampung, tumpang kengkawan
Nak main bola, kena main dengan kengkawan
Nak beli baju, kena tanya pendapat kengkawan

Tapi sekarang, satu kawan pun susah nak jumpa
satu persatu dah kawen
bila dah kawen nak kuar malam pun susah
nanti bini marah la, anak menangis nak ikut la,
Nak jaga hati mak mentua lah dan pelbagai bla bla lagi..

mmm alahai, minum teh tarik sorang- sorang la aku malam nie.........