Wednesday, September 25, 2013

peh, dah lama dah!

Hi, Dah lama aku tak tulis apa-apa dalam blog ni. Pasword dia pun dah hampir lupaaa. Ntah tiba2 hari ni aku rasa cam nak tulis something kat sini.

Now i am married. perhaps blog dah tak jadi keutamaan aku lagi. bukan cam dulu, setiap masa dok cari idea apa nak tulis.

Sometimes aku rindu nak blogwalking kat blog member-member. Walaupun tak pernah kenal dan tak pernah berjumpa, kita tetap mengenali satu sama lain di alam maya. kadang-kadang bila fikir, rasa cam pelik gak.

I do hope one day kita semua dapat dipertemukan pula di alam realiti.

Tulah saja aku nak tulis hari ni. selamat tengahari dan semoga bahagia...............

Monday, March 4, 2013

Sunyi








Tatkala berada di ofis ni aku rasa sunyi. Bukannya tak ada kawan, tapi aku amat merindui kawan2 masa belajar dulu. Dari sekolah rendah, menengah, kolej, university.... peh ramainya.......masuk kelas ja, dah sedia ada 25-30 orang kawan sebaya... tu belum masuk yang kat kelas2 lain.....meriah.... Those days is best days in my life...

Kat ofis ni kengkawan semua berbeza umur. ada yang lebih tua dan yang lebih muda. yang sebaya tak banyak... maybe itu penyebab aku rasa sunyi..lagi pun sekarang ni berkawan 'is more toward works' manakala berkawan kat sekolah dulu is more toward friendship.

Haha pandai lak aku berfalsafah..

Aku pernah dengar seorang tua ni bersembang dengan kawan dia. Katanya ...

 " kalau nak cari kawan sejati, cari lah balik kawan kita masa kecil-kecil dulu atau kawan masa kita sekolah. kerana waktu tu, kita berkawan tanpa ada apa-2 kepentingan atau sebab-sebab tertentu. Waktu tu kita berkawan hanya kerana kita nak berkawan. Ikhlas.

Tapi bila kita dah kerja, kita berkawan kerana ada kepentingan.. "

Aku cuba memikirkan kata2 orang tua ni.. ternyata ada juga kebenarannya.......




Saturday, March 2, 2013

Baru nak menulis...

Firstly aku nak mohon ampun kat my boss pasal tulis blog waktu kerja.. hihi
 
Entah kenapa hari ni aku rasa cam down aja. So bukak lah blog yang dah bersawang gilaa. Teringat masa mula-mula berblog dulu. punya la semangat. apatah lagi kawan-kawan turut membaca dan memberi komen . tapi semenjak dua menjak ni.. cam tak ada idea pulak... orang pun dah tak jengah blog ni. tinggallah aku sorang..
 
 
Anyway, masa datang ofis tadi, aku dikejutkan dengan berita resignation seorang staff dari maintenance department. Minggu lepas, seorang staff dah resign dari department yang sama. So dalam masa 2 minggu, 2 orang staff dah resign. Sedih gak sebab dua-dua aku kenal . Walaupun aku dan diaorang berada dalam department lain,  tapi dioarang selalu berurusan dengan aku. Punca diaorang resign ni sebab pressure dan bergaduh dengan Head of Department diaorang.
 
Tapi nak wat camna, life goes on. aku harap dua orang ni dapat rezeki yang lebih ditempat lain.
 
Sejak aku kerja di hotel ini, aku dapat cultural shock. Staff turnover kat sini tinggi sangat. maksudnya staff kerap resign. Lepas tu masuk staff baru. Lepas tu resign balik.. boleh dikatakan setiap 2-3 bulan, akan adalah majlis farewel dan akan adalah staff baru yang baru masuk. Hanya Hotel Manager dan beberapa Ketua Jabatan dan sebahagian kecil staff yang masih setia di sini. Yang lain semua muka baru.
 
Puncanya, maybe sebab pressure dan skim gaji kat hotel ni kecik. Maknanya, kerja keras tapi bayaran ciput. Hotel Manager aku ni high demand sikit. So sapa tak perform mesti kena kaw kaw punya. Satu lagi punca orang tak tahan ialah masa. Kerja hotel ni amat memakan masa. Kadang-kadang lewat baru leh balik. Cuti pun kadang kadang miss kalau busy sangat. Bagi yang tak biasa cam aku ni, maybe akan rasa tertekan..
 
Kadang2 aku rasa sedih juga dengan situasi ini. Apatah lagi kalau yang resign tu dah jadi sahabat atau kengkawan aku. Tapi nak wat camna, life goes on.....