Monday, June 6, 2011

Reject Shop.....


Semalam dengan penuh boringnya aku menawaf Star parade di alor star. Jalan punya jalan akhirnya aku berdiri di depan Reject Shop

aku masih teringat kali pertama dengar pasal Reject Shop ini kira2 16 thun lepas. Masa tu aku form 4...

Ketika itu, dua orang kawan sedang bergebang sakan;

Sharil : (dengan nada serius) Kau tau, kat KL ada satu kedai nama dia reject shop. Dia jual barang kilang yang reject. haha cam baju dan seluar

Faizal : ye ker? reject camna?

Sharil: alah, kilang kan kadang kadang buat salah masa production. so dari dia orang buang baik dia jual murah kat kedai reject shop ni

Faizal : Ye ker, ada orang nak beli ker.?

Sharil: Laaa ader. Kau tahu, ada aku tengok baru-baru ni, jeans Levis 501, rosak sikit jer kat jahitan dia, kalau kau pakai pun, orang tak perasan punya. kau tahu harga dia berapa?
kalau kat luar harga dia RM600 lebih, tapi kat reject shop harga dia RM 90 camtu jer..
(dengan nada yang bersungguh sungguh)

Faizal : (dengan kekaguman yang amat sangat) ye ker? eh nanti kita balik KL kita p, jom, jom...

Sharil: ok brader, kita set nanti...

Itulah kali pertama aku dengar pasal reject shop melalui perbualan rakan ku dua orang tadi.

3 thun kemudian ketika aku berada di KL baru lah aku berkesempatan ke Reject Shop.. Kat situ memang banyak pilihan. Bajunya pelbagai jenama yang kita tak pernah dengar. Most probably jenama luar negara. Memang lain dari yang lain.. Kebanyakkan pakaian adalah dari stok yang elok. Jarang jumpa stok yang reject sebagaimana kawan aku gebang dulu.

Tapi reject shop pada tahun 1990 bagaikan satu fenomena.. tak sah kalau tak singgah bila nak beli baju especially bila musim perayaan. Terdapat 3 faktor utama yang aku rasa menyumbang kepada popularitinya 1. Harga murah 2. Saiz (ada size besar) 3. Pelbagai pilihan.

Boleh dikatakan setiap remaja dan pelajar U akan berkunjung ke reject shop ketika itu.. Malah di tempat aku di alor setar pun ada satu cawangan. Nama reject shop meniti dari bibir ke bibir pembeli baju.. Begitulah terkenal nya reject shop ketika itu.

Namun kini, aku rasa reject shop dah jadi lesu.. especially kat alor setar ni.. jarang jarang aku tengok orang masuk outlet ni..malah budak budak sekarang pun mungkin dah tak minat nak beli baju kat sini. collection baju pun dah tak menarik. Harga pun bagi aku tak murah sangat..

Tapi bagi aku, setiap kali aku melangkah masuk reject shop, aku akan tersenyum sendirian.

Kenapa?

Setiap kali aku melangkah masuk, pasti imej kedua kawan aku sedang bergebang sakan tu akan terbayang di benak fikiran ku dan dialog mereka pasti terngiang-ngiang di telingaku....


Dan sampai ke hari ni, aku masih belum menemui jeans Levis 501 reject dalam mana2 outlet reject shop seperti yang mereka berdua gebangkan itu

Wednesday, June 1, 2011

Dedikasi untuk seorang rakan bernama Anthony



Semalam aku melangkah masuk ke dalam ofis lama tempat aku berkerja... tiba-tiba aku teringat satu kenangan yang sudah lama aku lupai.

Ketika itu aku baru kali pertama menjejakkan kaki ke ofis ini. Aku yang pertama datang. aku duduk di bawah sambil membaca surat khabar yang sudah tersedia di meja kaunter..

' hai, kenapa baca tak buka lampu... saya tony' - itulah kata-kata pertama anthony yang masih terngiang-ngiang di benak fikiran ku sampai ke hari ni.

Ketika itu, umur beliau sudah pun mengjangkau 60 an. Lebih layak aku panggil pak cik. Sudah 35 tahun beliau berkhidmat sebagai ofis boy di syarikat ini. Malamnya beliau tidur di ofis kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Bos tak kisah.. sekurangnya boleh jugak dia tengokkan ofis.

Sebelah siang, beliau bertugas menghantar surat, pergi ke bank dan lain-lain kerja. Malah, apa saja yang disuruh, beliau buat. Ini termasuklah membeli makanan atau barangan untuk staff. Sekali sekala beliau jadi pemandu boss.

Hidupnya sederhana. Pakaiannya hanyalah baju dan seluar lusuh. Beliau lebih gemar memakai selipar buruk. Rumahnya adalah ofis itu sendiri. Beliau tidur dimana2 yang beliau suka berbekalkan bantai dan selimut yang kelihatan amat lusuh, dan sekali sekala kelihatan beliau memasak di pantry pada waktu malam...

Beliau rajin membaca bible. Selalu juga bertanya aku tentang islam.


Anthony cukup sayangkan ibunya. Setiap ada kelapangan, dia akan balik melawat ibunya sambil membeli barang keperluan. Di samping itu, dia juga membantu adik beradik yang lain.


Duit gajinya habis digunakan untuk membantu ibu dan adik beradik. Walaupun sudah lama bekerja, gaji anthony manalah cukup nak tanggung semua keperluan itu .


Sebab itulah beliau tiada sebarang harta dan tidak pernah pula berkahwin. Kadang kala, aku merasa adik beradik dan anak saudara suka mengambil kesempatan ke atasnya...Tidak ada sedikitpun barangnya yang boleh dikatakan berharga.. tiada jam, tiada kasut, tiada baju baru, tiada kereta, tiada motor, bah kan tiada apa pun. Bagi anthony, itu semua tak penting. Biarlah tiada apa asal dapat menanggung keperluan keluarganya


Anthony berhati amat mulia. Setiap hari beliau menaburkan makanan burung (beras hancur) di halaman pejabat untuk dimakan burung. kalau membelikan makanan untuk staff, beliau tak pernah berkira. Bahkan, kadang kadang beliau bersusah payah membeli barang yang dipesan staff sehinggakan aku kasihan padanya. Tapi tak pernah dia mengungkit.

Beliau amat suka menolong orang. aku juga tak terkecuali mendapatkan bantuannya bila perlu.

Anthony gemar mengkaji saham. bila ada masa lapang selepas kerja, kelihatan dia sibuk membuat graf saham. Tak tahulah mana dia belajar semua itu. Ada juga majalah saham yang dia kutip bila orang sudah hendak buang. Selalu juga dia buat rujukan di akhbar. Kata anthony, nanti sudah bersara, saham ini lah yang diharapkan menjadi pendapatan utama.. pernah juga dia keluarkan epf,tapi saham yang dibelinya rugi kerana harga turun dan tidak naik lagi.. kesian anthony....

Satu hari ketika baru sampai di KL. aku menerima panggilan dari ofis yang mengatakan bahawa anthony sudah tiada.. dia ditemui mati di hadapan pintu pejabat.... aku terkejut... memang 2-3 hari lalu dia mengadu sakit perut.. tapi aku tak jangka ia serius... doktor kata akibat dari tabiatnya yang suka minum arak jenis murah. Hidupnya bersendirian dan matinya juga bersendirian.. tiada siapa yang berada di sisi.

Tiada apa yang ditinggalkan. Keluarganya datang mengambil pakaian buruk dan beberapa lagi benda buruk yang dia ada di ofis.

Apa yang menyedihkan aku, makanan burung (beras hancur) masih ada lagi sepeket. Maka aku pun menaburkan makanan burung itu setiap pagi sehingga habis.

Semasa hidup anthony rajin membaca bible. Malah kadangkala aku melihatnya berdoa secara bersujud. Jarang aku lihat orang kristian buat begitu...

Aku berasa amat sedih kerana antony banyak bertanya pada ku tentang islam. malah aku menjangkakan dia pasti masuk islam suatu hari nanti. Tapi apakan daya, dia terlebih dahulu dijemput ke alam sana.

Sehingga kini, kebaikan anthony masih dalam ingatan....