Friday, September 12, 2014

In the memories of Nazrul Akmal (al-fatihah)





in the memories of Nazrul Akmal Mohd Azchar...;. Seorang sahabat yang setia, seorang suami yang sanggup berkorban untuk keluarga dan seorang ayah yang penyayang.


1977-2014

(AL Fatihah)

Baru baru ini aku dikejutkan dengan kematian seorang sahabat ku iaitu nazrul akmal. Tiada perkataan yang boleh ku ucap bagi mengambarkan satu kehilangan yang besar buat diri aku. Beliau aku kenal sejak tahun 1995  lebih kurang 19 tahun yang lalu ketika sama-sama belajar di Maktab Sains Mara KL, Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Masa mula-mula aku kenal mamat ni, aku cukup menyampah dengan dia. masih aku teringat satu insiden ketika itu di mana aku membuat komen mengenai seorang student  lantas si nazrul ni tetiba menyindir aku pula.. aku punyalah bengang. tapi dah ditakdirkan tuhan, kami menjadi rapat. malah belajar bersama sehingga ke university yang sama dan tinggal di rumah sewa yang sama. Selepas tamat belajar, kami masih berhubungan melalui telephone, email atau wassup. malah ketika aku ke kuala lumpur pada 2006, dialah yang rekomenkan aku untuk bekerja di kompeni yg sama dengan dia. tapi beliau sendiri berhenti dari kompeni tu dan aku pula pulang ke alor star pada 2009. 

Beliaulah sahabat yang menjadi sumber rujukan aku bila ada apa-apa kemushkilan dan beliau sering memberi nasihat dan pandangan yang bernas. Satu perkara yang menarik tentang nazrul ialah beliau sering buat joke kering atau selamba. tak kering gusi kalau bersembang dengannya..kini semuanya tinggal kenangan.

Beliau diuji tuhan dengan pelbagai cubaan. pernah 2 kali unemployed. Keadaan itu menyebabkan beliau stress dan seterusnya mengganggu kesihatan beliau. akibatnya pelbagai sakit timbul dan akhirnya beliau dijemput tuhan pada april yang lalu. aku sangka setelah dia mendapat kerja di anak syarikat bank negara beliau akan bertambah baik, tapi jangkaan aku meleset.

walaupun sakit, beliau tetap tabah mengharungi hidup. beliau sering menasihati aku supaya jangan terlalu stress dan jaga kesihatan. beliau tak mahu apa yang berlaku pada dirinya berlaku pada org lain.

aku memang terasa kehilangannya. terlalu banyak  kisah beliau yang aku teringin nak kongsikan di sini, tapi setelah berfikir panjang, biarlah aku simpan saja di hati ni.

I will miss u bro. semoga allah menempatkannya bersama orang2 yang salih.. al fatihah.....

.




No comments:

Post a Comment