Saturday, October 20, 2012

Semua dan slow down..


Entah kenapa, most of my favorite blogers dah tak update dia punya blog. Perhaps masing masing sibuk.. Anyway, aku pun sama jugaklah.

Ada satu favorite blog yang aku suka visit adalah yang berkenaan dengan MTB. Banyak info leh dapat. Tapi la ni, depa dah tak update dah...

Begitu juga kengkawan yang lain....

Tolonglah update blog anda...............

Saturday, September 15, 2012

Hidup baru

Dah lama tak update blog ni. Well, now i am working in a small hotel in alor star. tak pernah kerja hotel .ni first time. so kalut sikit lately. tak ada masa nak buka facebook dan blog...

lagi 2 minggu saya akan berkahwin. peh. dah tiga puluhan baru nak kahwin. masa sy p kursus kahwin, ada dua orang saja yang umur 30an yang lain semua 20an.

 hahhaha malu gak sebab masa nak sain kat list  attendance, tercatat dengan jelas no kad pengenalan siap dengan tarikh lahir. jadi semua orang taulah umur sy..

masa p sain borang nikah pun tok imam tegur.. 'hai umur lanjut baru nak nikah'. sy senyum jalah kat tok imam tue..

anyway. tu sajalah update.. camna dengan hidup anda semua? ada hepi?

Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa

Kepada semua yang sudi menjengah blog ini, saya ucapakan selamat berpuasa. Semoga persahabatan kita semua berkekalan dan diberkati allah..

Salam Ramadhan dari sy. Sipemburubintang.


Monday, June 18, 2012

lama tak kuar dari ofis..........

Setelah lama aku duduk ofis, minggu lepas ada peluang nak p kuala lumpur 4 hari.. jeng jeng... bos aku nak bukak hotel baru jadi dia pun mnta tolong aku ikut geng sales p buat promosi... aku yang tak tau apa pasal hotel pun belasah p jugak.....Hotel baru boss aku nama the Fuller. 2 Bintang jaaa... sebelum ni dia buka hotel Starcity, 3 bintang.. banyak duit depa buka hotel sampai dua biji.

Buat promosi kat putrajaya ... kat pegawai kerajaan yang nak buat function atau lawatan ke negeri kedah. aku ikut jalah. budak sales yang dok cakap banyak kat orang. aku cuma senyum dan tambah mana yang patut..


 dok kat hotel grand season dalam kl. dekat dengan stesen monorail chow kit.. hotel dia  menarik gak.. bilik dapat yang mengadap klcc. waktu malam cantik.. tapi aku duduk sorang2 sebab lagi seorang tak jadi p kl...kalau ada bini mesti romantik chewahhhhhh.....

malam-malam kita orang tak ada aktiviti. so setiap orang buatlah aktiviti sendiri. aku suka lepak bilik jaa.. ada yang kuar jumpa kawan lah, p shoping lah dan lain lain... aku cuma kuar bila nak cari makan malam...nasib baik dekat stesen monorail tu malam-malam ada gerai jual sup.. first time aku belasah sup urat. tak pernah tengok pun camna urat sebelum nie.. kaya dengan lemak rupanya.. tapi aku suka.. peh..terangkat... walaupun gerai, tapi harga pun terangkat jugak......kat area sini ada jugak gerai jual barang2 cam kat uptown tue..


                      Ni la gambar bilik hotel grand season..


tiap tiap hari kerja aku sembunyikan toileteries hotel dalam beg.. so bila housekeeping mai kemaih bilik, depa bagi yang baru.. so semua dapat la 3 set shampoo, body bath, soap, cotton bud, dan plastik yang tutup rambut tu. aku pun tak ingat nama dia....aaaaaaaaaaaa shower cap... baru ingat.. hihih

                      Sekadar hiasan, bukan toiletries sebenar.....                                              


memula rasa malu kat housekeeping tu. mesti dia tau aku sembunyi toiletries dalam bag.. ah lantak lah.... bilik aku yang bayorr. eh silap, company yang bayorrr. aku kebas lah toiletriess. padahal bila bawa balik toiletries tu bukan guna sangat pon... hihi

aku tak tau dengan korang. kalau korang p hotel, selalu korang guna tak toiletries tue? macam aku selalu bawak sendiri jaa. yang hotel bagi selalunya yang qualiti biasa-biasa ja.

anyway, lepas 4 hari aku pun kembali ke rutin pejabat yang membosankan....







Tuesday, May 1, 2012

Pengakhiran blog ini.........

Dah lama blog ni tersadai camtu ajaa. Tuan dia dah tak berminat kot nak update.. tapi rasa sayang pulak...perhaps i should think again arah tujuan blog ni.. blog tanpa arah tujuan ni susah jugak...mmmmmmmm nak wat per ? fikir fikir fikir

Monday, April 2, 2012

Malasnyaaaaa


Lately, keghairahan aku nak berblog dah semakin hilang..

Dulu masa memula punya lah semangat nak menulis. tapi la ni, nak buka blog pun letih..

Blog walking pun jarang nak wat....

Sebab?

Maybe sebab kewujudan facebook... Dengan facebook lagi simple dan mudah nak berkomunikasi dari blog... lagi senang nak keep track dengan rakan rakan ... lagi senang nak wat posting dengan update.. satu ayat pun dah cukup. satu gambar pun dah cukup.. tapi kalau nak wat entry panjang2 tak sesuai plak kat fb nie....

aduhaiiiiiiiiii bila nak jadi rajin nie

Sunday, February 5, 2012

Azam 2012-Basikal oh basikal

Azam tahun baru ni nak buat banyak lagi entry-2 dalam blog . Dah lama tinggal blog nie.. entah ade pembaca ke tidak.. anyway kalau tak der pun tak per. blog ni untuk kepuasan diri ja...

sekarang dah ada basikal.. maybe leh wat entry pasal basikal..

Actually my sepupu punya husband (Mr. MZ) yang introduce naik basikal nie.. kali terakhir naik, tingkatan 3 dulu.. lepas tue tak pernah dah naik basikal..kalau dikira dalam berbelas tahun jugaklah tak naik...Ni dah umur 30an baru nak try balik..

Masa memula naik balik tu rasa gayat sikit.Gear pun tak reti nak pakai.. tapi dah lama barulah rasa confident sikit.. bukannya kayuh laju pun. cuma kayuh santai-santai bertujuan nak excercise.

Berbeza dengan jogging, basikal ni adalah low impact excercise. Jadi tak lah teruk sangat rasa lepas excercise tue. kalau jogging, lepas tue mesti sakit sakit badan, sakit lututlah dan lain lain...

Bulan 12 hari tu, aku p teman Mr. MZ p masuk Jambori kayuh lasak kat penang. Aku yang tak reti kayuh pun masuk jugak... hasilnya jatuh tergolek dog.. nasib baik ok..

Ni ha gambar Mr. MZ dengan basikal kami masa kat homestay :


haaa siap bawa masuk bilik tue.. sayang giler dengan basikal. Mr MZ tengah ambil gambar kenangan



Dah siap pasang no plate. memula tu masa Mr MZ bagitau nak kena pasang no plate, aku ingat menatang apa lah no plate nie. rupanya nombor untuk pertandingan ler


Mr MZ tengah dok check tire pressure selepas penat mengepam...
ni lah gambar peserta2. adalah dalam 1500 orang. jalan dia kecik jer.. camna tak jem....

Itu jalah gambar. tak sempat nak amik banyak2 sebab kamera letak dalam beg. jadi malas nak keluarkan masa kayuh tue...Hopefully next time tak jatuh dan dapat menamatkan perlumbaan. kali ni cuma sampai check point 2 jaaa daripada 9 check point. hahah..