Wednesday, October 8, 2014

Sedih




Tahun ni saja dan berapa orng staff resign. Baru-baru ni ada sorang lagi. Nurul nama dia. masa memula aku masuk sini, dia pun baru masuk jugak. muda lagi budak ni. Senang berurusan dengan dia. tak banyak kerenah. 

Sedih jugak sebab lepas ni susahlah nak berurusan dengan department dia. yang masuk ganti dia pun macam blur blur orang nya.. adoi kalau ada apa benda lepas yang nak refer alamatnya susahlah.

Tapi aku ucapkan semoga berjaya kepada semua yang dah resign. Kerja kat hotel ini memang camtu. staff keluar masuk. sama juga macam customer dia.  Hari ni check in, esok check out. maklumlah hotel.

Thursday, October 2, 2014

jumaat..

aik,,, dah jumaat balik... rasa cam baru ja kemarin jumaat, hari ni dah jumaat balik. haha seperti biasalah aku lemau dalam ofis..

semalam tetiba aku singgah kedai ikan. beli ikan laga, beli akuarium kecik dan makanan ikan. nak letak dalam ofis. ntah kenapa aku pun tak tau. seronok gak melayan ikan laga ni berenang.


 (sekadar gambar hiasan, bukan gambar sebenar)

alih alih member satu ofis bagi tau, " awat hang beli ikan laga jenis ni. ni yang reject. Hang tengok, colour dia pun dah pudaq"........ laaa ya ka. mana aku tau. nampak cam ok ja.

Rupa-rupanya ikan laga pun ada gred dia. yang elok lagi mahal lah. tapi kat kedai tu cuma ada yang jenis ni jaaa. hahhahahaha

takpa, takpa... aku tak berputus asa. nanti aku p cari lain gred yang elok. tapi buat masa la ni aku layan lah yang dok ada ni berenang......