Saturday, February 27, 2010

Budak sekolah...

Entah kenapa aku suka tengok budak sekolah. Especially bila time balik sekolah. Muka berseri-seri walaupun penat..

Masih panjang perjalanan hidup mereka. Hari ni boleh berangan jadi doktor, esok boleh berangan jadi pemain bola sepak, lusa plak boleh jadi penyanyi...

Masih terbuka pilihan mereka. Hari ni boleh berangan masuk UUM, esok berangan sambung blaja di USA, lusa boleh berangan pergi UK...

Masih banyak masa mereka. Hari ni boleh main bola di sekolah, esok boleh main galah panjang di rumah, lusa boleh main bowling di pusat membeli belah...

Masih ramai kawan mereka. Hari ni boleh keluar ngan kawan sekelas, esok boleh keluar ngan kawan setaman/sekampung, lusa boleh keluar ngan kawan setuisyen.

Tak fikir pasal ansuran rumah, tak yah kalut p bayar keta, tak kena blacklist pasal kredit card,

Aduhai, seronoknya jadi budak sekolah......


Wahai adik-adik, buat lah pilihan sebaik mungkin pada hari ni, kerana akan tiba suatu hari nanti adik2 tidak akan mempunyai banyak pilihan selain dari meneruskan apa yang telah dipilih... fikir fikir kan lah....

Friday, February 26, 2010

KLCC


Rabu 24/2/2010

Tiba-tiba pandanganku menyelinap jauh ke tingkap2 bangunan KLCC. Ntah apa yang dibuat oleh penghuni di sana...

Tak sangka pula diruang tamu sebuah jabatan di sebuah bank di tingkat 21 ini mempunyai tingkap yang amat besar menghala terus ke arah KLCC. Nampak seluruh KLCC dan bangunan disekeliling.

'Encik duduk dulu ya. sebentar lagi interviewer sampai. Dia sangkut dalam traffic agaknya tu.' sapa seorang wanita yang duduk di dalam bilik berdindingkan kaca di sebelah aku.

Aku melihat jam di tangan. Sudah pukul 2.35, dah setengah jam kat sini. Mmmm.. apa nak buat tunggu sajalah. Lagipun sofa yang disediakan untuk tetamu amat selesa. Mataku terus terpaku ke luar tingkap itu.

Kagum melihat KLCC. Masa mula-mula dulu, ramai mempertikaikan pembinaannya, tapi kini diharapkan ia kekal menjadi mercu tanda zaman berzaman lama selepas perginya pengasas KLCC iaitu DR M. Aku fikir pandangan KLCC di waktu malam lebih cantik dari waktu siang kerana lampu-lampu yang menghiasi.

Tiba-tiba aku teringat... Di situlah aku pertama kali berjumpa dengan seseorang. Sebelum itu kami hanya berhubung melalui telefon. Setelah hampir setahun, barulah aku berkesempatan ke KL untuk berjumpa. Susah digambarkan perasaan. Speechless, soundless dan happiness. hahaha

Tapi lama kelamaan, things got complicated dan hubungan berakhir selepas lima tahun berkawan. Perhaps jarak yang jauh telah menyumbang kepada perkara ini. Ingatkan KLCC akan menjadi tugu kasih aku, tapi malangnya ia menjadi nesan. hahahha pandai lak aku bermadah.....(adik2 aku mesti ketawa berdekah2 bila baca blog ini)

Aku tersenyum sendirian mengenangkan pertemuan di KLCC itu. 'Dik ! Dik!' Wanita tadi mengejutkan aku dari lamunan. 'Interviewer dah bersedia untuk menemuduga adik kat bilik depan tu'.

Aku mula membetulkan tali leher dan lantas bangun menuju ke bilik temuduga. Terasa kelakar pula sebab sejak mencapai umur 30-an ini, jarang orang panggil aku adik. Selalunya Encik, Cik, Bang, Bang Cik dan kadang-kadang Pak cik.

Sebaik tiba di muka pintu, kelihatan dua pengawai tersenyum ke arah ku. Jantung mula berdegup kencang......

Apa pula nasibku di sini...............

Thursday, February 18, 2010

Penyesalan

Dalam Kehidupan Kita, kita dihujani dengan pelbagai pilihan..

Seringkali pilihan yang kita buat ternyata mengecewakan..

Ataupun kita terpaksa membuat pilihan yang kita tidak suka..

Maka apa bila rasa kecewa dan penyesalan mula menghantui diri...

Katakanlah!

AKU TIDAK AKAN MENYESAL!! KERANA PENYESALAN ITU HANYA AKAN MENAMBAH LUKA PADA HATI YANG TELAH SENGSARA!!!!!!!!!!!!

-sumpah harimau kumbang..petikan dari komik Raja RIMBA


Berdoalah semoga esok lebih cemerlang dari hari ni....

Kita Diperhatikan

Dalam kesibukan seharian kita

Berapa kali kita mendongak ke atas

Melihat Langit yang tiada cacat cela


Di sana ada Awan


Di sebalik awan ada Bulan




Di sebalik bulan ada Bintang

Di sebalik bintang ada Tuhan......

Semakin mendongak semakin kecil rasanya diri ini

Diperhatikan oleh tuhan setiap masa

Semoga Kita semua berada dalam limpah kurnianya

Tuesday, February 16, 2010

Warna-warna Hidupku




Kawan umpama warna-warna yang memeriahkan hidupku.

Seperti pelangi yang menyinari bumi selepas hujan

Ada yang membuat ku tenang seperti warna biru

Ada yang membuat ku ceria seperti warna kuning

Ada yang membuat ku jatuh cinta seperti warna pink

Ada yang membuat ku cergas seperti warna jingga

Ada yang membuat ku segar seperti warna hijau

Ada yang membuat ku marah seperti warna merah

Ada yang membuat ku takut seperti warna hitam

Ada yang suci bersih seperti warna putih

Apapun warna mereka, aku akan senantiasa merindui mereka walau di mana pun mereka berada


P/s: Coretan ini ditujukan khas buat rakan-rakan sekolah/universiti yang telah lama menghilang tanpa khabar berita

Monday, February 15, 2010

University of What?

  1. hahahahahhahhahhaahah satu ofis ketawa berdekah dekah mendengar cerita pengalaman driver syarikat
  2. Satu hari seorang tetamu mat salih tiba dan si driver tadi ditugaskan untuk menghantar mat salih tersebut
  3. Tiba di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia), Mat salih berkenaan pun bertanya ' What kind of place is this?'
  4. 'Oh, this is a university' jawab si driver tadi
  5. 'What is the name of this university?' Tanya Mat Salih tadi lagi.
  6. Si driver pun berfikir sebentar, dalam benak hatinya dia tertanya2 macam mana nak bagitau universiti pertanian kat mat salih tadi. Lantas dia dapat satu idea.
  7. 'University of Vegetables, sir', kata si driver tadi dengan penuh confident.
  8. Lantas mat salih pun tersenyum

Friday, February 12, 2010

Hakim dan Pencuri


  1. Satu ketika, aku dan sahabatku Sipenjejak Harta (SPH) hadir di sebuah mahkamah majistret di utara tanah air bagi menghadiri sebutan kes di mana SPH telah menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) bagi satu kes pergaduhan.
  2. Sebaik masuk ke dewan penghakiman, kami berdua duduk dibelakang sambil menunggu giliran untuk kes SPH dibaca.
  3. Ketika itu terdapat ramai orang dan hakim sedang mengadili kes satu persatu.
  4. Selang beberapa ketika, hakim pun mula membaca pendakwaan terhadap seorang OKT yang kelihatan sedang bergari dengan beberapa pesalah lain di kandang tertuduh.
  5. 'Bahawa kamu OKT didakwa mencuri seutas rantai bernilai RM 5,000'
  6. Secara spontan, OKT tersebut menyampuk, ' Eh tuan hakim, rantai tu saya jual cuma RM 80 dan bukan RM 5,000'. Selepas itu dia kelihatan menyesal membuat kenyataan tersebut kerana sudah pasti tembelangnya sudah pecah.
  7. Si hakim kelihatan terpinga-pinga dan orang di dalam dewan termasuk pendakwaraya, polis dan orang awam mula tertawa..
  8. Lantas si hakim menerangkan kepada OKT bahawa tak kisahlah berapa nilai harga yang dijual sebaliknya harga pasaran barangan yang diambil kira.

Saturday, February 6, 2010

Mengapa Sipemburu Bintang?



Aku menamakan diriku Sipemburu Bintang kerana hingga kini ku masih mencari-mencari sebutir bintang yang bakal menerangi hidupku sehingga ke akhirnya........